Selepas makan ruthob, Baginda Rasulullah SAW akan solat, ini untuk memberi ruang masa kesempatan zat makanan ini diserap oleh dinding perut sebelum bercampur dengan makanan-makanan lain.
Baginda makan sahur dengan kurma (buah kering) Berbuka dengan ruthob (kurma segar)
Why did the Prophet break his fast with ruthob (fresh wet dates) and not wheat bread? Actually, when the stomach is empty, direct absorption into the stomach wall greatly affects health, for example, spicy, sour food, carbonated water or sensitive medicine is eaten on an empty stomach, the stomach wall can be eroded, for example, the risk of gastritis. So is the bad effect to start eating with something oily, contain preservatives, food coloring, artificial flavors or with burning carbon (such as satay), so it is better to eat fruit that is fresh and natural, unprocessed food.
Mafhum hadith riwayat Anas bin Malik: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji ruthob. Sekiranya tiada ruthob, maka baginda berbuka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar, maka baginda meneguk beberapa teguk air.”
Riwayat Tirmizi (696), Abu Dawud (2356) dan Ahmad (12676)
Kami bermusafir bersama Rasulullah SAW ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah). Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu”.
(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka.
Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah SAW bersabda: “Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah.”
(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kewajipan maka kami pun berbuka. Riwayat Muslim (1895) dan Abu Daud (2058)
Imam al-Munawi menyebut: Dapat disimpulkan bahawa alasan disyariatkan berbuka bukan kerana musafir akan tetapi disebabkan musuh telah dekat dan mereka memerlukan kekuatan tubuh badan yang optimum untuk berjihad. Walaupun mereka menetap di sebuah negeri (tidak bermusafir), mereka tetap boleh berbuka untuk menjaga stamina tubuh yang kuat dalam menghadapi musuh. (Lihat Faidh al-Qadir, 2/555-556)
Dalam riwayat lain, Saidina ‘Umar bin al-Khattab turut menceritakan perkara yang sama. Beliau berkata:
Maksudnya: Kami berperang dalam dua buah peperangan (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan, lalu kami berbuka puasa pada kedua perang tersebut.
Riwayat al-Tirmizi (714) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (8520)
Diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat Nabi SAW berkata:
Maksudnya: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya yang bermusafir pada peristiwa Fath Makkah untuk berbuka. Baginda bersabda: “Kuatkan tubuh kamu untuk menghadapi musuh kamu.”
Riwayat Abu Daud (2365)
Kata al-Hafiz dalam al-Talkhis al-Habir (2/449), hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Abd al-Bar. Hadis ini juga menunjukkan perintah berbuka bukan kerana musafir tetapi kerana untuk menambahkan kekuatan ketika berperang.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
90 million kg of uneaten food wasted during Ramadan 2024 across Malaysia
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ “O Children of Adam! Dress properly whenever you are at worship. Eat and drink, but do not waste. Surely He does not like the wasteful”
Surah al-A’raf (31)
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ Maksudnya:“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
Sunat puasa hari Tasu’a (hari ke 9 Muharram, Tasu’a ertinya 9) atau selepasnya untuk membezakan dengan puasa Yahudi (Hadith Ahmad 2154)
riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Riwayat Ibn Majah (1738) ———————————————————— Begitu juga sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata; قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ” مَا هَذَا ”. قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى. قَالَ ” فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ”. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu. Riwayat al-Bukhari (2004) ———————————————————— riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. Riwayat Ahmad (2154) ———————————————————— Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, kata Nabi S.A.W: لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram). Riwayat Muslim (1134) ………………………………………..
Cerap anak bulan adalah ketika masuk waktu maghrib
Di Malaysia
Di Arab Saudi
Ketika Malaysia maghrib, umur anak bulan sekitar 5 jam. Garisan lengkung bentuk anak bulan itu terlalu nipis untuk dilihat
Arab Saudi masuk maghrib 5 jam selepas Malaysia, waktu itu umur anak bulan sudah 10 jam. Garisan lengkung anak bulan itu sudah semakin menebal dan peluang kelihatan lebih jelas.
Anak bulan sukar kelihatan kerana langit di Malaysia selalu mendung, berawan dan kadangkala hujan.
Di Arab Saudi kadangkala tidak berawan, jarang hujan dan langit selalu cerah