Category Archives: Malay Technology / Teknologi Alam Melayu

Orang tua-tua dulu, pulut jadi kuning sebab diletakkan kunyit, bihun jadi kuning sebab letak kunyit, sebenarnya itu cara membunuh bakteria dalam makanan kerana kunyit bersifat antiseptik, antiradang dan membantu pencernaan, hebatkan ilmu mereka / read more, benefit of turmeric

Malay people, rice turned yellow because it was put in turmeric, and vermicelli turned yellow because it was put in the turmeric. In fact, that was a way to kill bacteria in food because turmeric is antiseptic, anti-inflammatory and aids digestion. Their knowledge is amazing.

Source :

National library of medicine, Chapter 13, turmeric, the golden spice

Hebat ilmu datuk nenek moyang kita, sarung dan hulu keris pun mereka ada teknologi sains kayu apa nak dipakai.  Sarung keris dari kayu Angsana bersifat menyerap lembapan dan wangi, menjadikan mata keris tidak rosak akibat lembapan, kekal kering dalam simpan, cepat kering dari kesan darah dan tidak berbau hanyir kerana sifat kayu yang wangi. Kayu kemuning pula digunakan kerana berpotensi merawat luka.

Taming sari dikatakan kebal sesiapa yang memilikinya.  Hulu bertatahkan batu permata.  Mungkinkah menggenggam batu permata tersebut, tersentuh di tubuh  (hukum alam dengan kehendak Allah) menjadi seseorang itu kebal dari senjata.  Saya pernah lihat seorang pemilik batu geliga menjadi kebal bila dia menyentuh batu tersebut. Tiadalah kekuatan melainkan dengan kekuatan dari Allah

Batu Geliga tersebut mengeluarkan aura/cahaya di mana cahaya tersebut hanya akan dapat dilihat jika diremdam di dalam air. Wallahu a’lam

Taming Sari ialah nama pemilik keris, seorang pahlawan jawa Majapahit yang dikalahkan melalui helah oleh Hang Tuah dalam pertandingan dihadapan Sultan Melaka ketika dalam majlis rombongan mengahwini Raden Mas Ayu anak Bentara Majapahit.  Ada 2 versi ke mana pergi keris tersebut.

Selepas diserang Portugis (1511), Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8), membawa bersama Keris Taming Sari ke Kampar Riau Sumatera. Kemudian dikirim kepada anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I sebagai alat kebesaran Sultan Perak

Versi lain, dibuang oleh Hang Tuah ke sungai, selepas malu untuk berjumpa dengan Sultan setelah gagal melamar Puteri Gunung Ledang.

Selepas diserang Portugis (1511) Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8) berpindah ke Kampar Riau Sumatera. Anaknya Raja Ahmad Riayat Shah I terbunuh (1513) selepas Melaka diserang. Tun Saban meminta anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I menjadi Sultan Perak Pertama (1528). Anak lain Alaudin Riayat Shah II (Ibunya Tun Fatimah) dihantar sebagai Sultan johor

Bapa Baginda Sultan Alaudin Riayat Shah Sultan Melaka ke 7

Kenapa Mat Kilau susah nak dikalahkan bila berlawan keris dengan dia? Kita belajar silat, reflective akan tepis guna tangan kiri (sebab selalunya musuh serang kita dengan keris di tangan kanan), kita pula serang dia menggunakan keris dengan tangan sebelah kanan, tapi kalau lawan mat kilau, huru Hara bunga silat kita, sebab dia kidal, so kena tepis dengan tangan kanan dan serang tangan kiri, kalau asyik dok tepis tangan kanan yang ada keris di tangan, bila pulak tangan kanan hang nak serang dia😂

Perak dulu tak ada sultan.  Tun Saban pergi ke kampar Hulu Riau Sumatera, berjumpa Sultan Mahmud Shah meminta seorang anaknya ( Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka ke  8) yang berhijrah ke Kampar selepas Melaka diserang portugis Ogos 1511) Baginda memperkenankan untuk membawa ke Perak anaknya bernama Muzaffar Shah I yang menjadi Sultan Perak pertama 1528  dan membawa bersama alat-alat kebesaran seperti Keris Taming Sari dan Pedang Cura Si Manjakini (pedang Cura Si Manjakini diwarisi dari Parameswara) masih ada sebagai alat kebesaran negeri Perak,

Seorang anak Baginda iaitu Alauddin Shah II (ibunya Tun Fatimah) dihantar ke Johor untuk menjadi menubuhkan kerajaan Johor

Beberapa alat kebesaran Negeri Perak yang hilang seperti 
Mundam, iaitu mangkuk emas bertatah permata di sekeliling bikar dan beralaskan pinggan emas, dan tali pinggang yang diperbuat daripada enam belas keping cakra yang bercantum semasa perpindahan istana 1874

Nenek Moyang Kita Dulu Gunakan Loyang Sebagai Acuan Kuih Loyang, Logam Ini Bukan Sahaja Tidak Berkarat, Malah Pembunuh Bakteria, Mikroorganisma, Virus Dan Kulat, jadi Selamat Untuk Kesihatan

Brass is not only resistant to rust, but it also eliminates bacteria, microorganisms, viruses, and fungi, making it safe for health.
To prepare traditional food that is safe and healthy, Malay people use it as a mold.

Sebelum Adanya Lego, Orang Melayu Beratus Tahun Dahulu Telah Ada Teknologi Rumah Buka Dan Pasang Semula

The traditional house of Malay is capable of being dismantled and reinstalled without a single nail. Hundred years before the invention of LEGO.

1. Tidak menggunakan paku

2. Menggunakan tanggam menggantikan paku agar boleh dibuka dan dipasang semula tanpa mengalami kerosakan

3. Membolehkan rumah dipindahkan, orang Melayu mempermudahkan hukum faraid dilaksanakan dalam pembahagian harta pusaka yang melibatkan pengosongan tanah atau pemilikan rumah ke lokasi lain

Itulah anugerah Allah, Kebijaksanaan orang-orang Melayu terdahulu yang mempunyai teknologi sendiri beratus tahun dahulu mengambil kira hukum agama dapat dilaksanakan dengan mudah.

Kenapa Sesetengah Keris Boleh Berdiri Tegak Dengan Sendiri?


Keris (Malay traditional weapon) has the ability to stand upright by itself because of the material it uses and its balanced design.

Kerana gabungan bahan terpilih digandingkan dengan reka bentuk yang seimbang menyebabkan keris tidak berat sebelah, tidak terbalik ke kiri, kanan, depan atau belakang

Itulah anugerah Allah, Kebijaksanaan orang-orang Melayu terdahulu yang mempunyai teknologi sendiri beratus tahun dahulu