Category Archives: Psychology / Psikologi

‘QWERTY’ Susunan huruf pada mesin taip sengaja disusun tidak mengikut urutan ABCD-XYZ untuk melambatkan jari menaip. Jika terlalu cepat menaip mesin taip zaman dahulu akan tersangkut. Susunan itu dikekalkan pada komputer bertujuan untuk memudahkan orang yang mahir menggunakan mesin taip beralih kepada komputer

‘QWERTY’ keyboard, is the arrangement of letters on typewriters is deliberately arranged not in the ABCD-XYZ order to slow down typing. If you type too fast, the typewriter will get stuck. The arrangement (QWERTY keybord) is maintained on computers to make it easier for people who are good at using typewriters to switch to computers

Lagi banyak pancaindera kita aktifkan seperti mata, telinga, mulut, tangan, lebih baik untuk mengukuhkan ingatan. Selain membaca, aktifkan fizikal tangan dengan melukis infographic & menulis, manakala penglihatan & pendengaran diaktifkan melalui audio visual (video / dokumentari / filem / ke lokasi / muzium / perjumpaan) dan mulut dengan mengajar / bercerita semula selain membaca topik yang sama dari sumber berbeza.

Keluarkan dan tulis point penting dalam bentuk nota bernombor. (Nanti olah semula menjadi karangan dalam peperiksaan) Nota pendek lebih mudah diingati

Setiap benda penting akan lengkap jika ada :-

1. Apa (berkaitan apa)

2. Bila (tarikh dan masa)

3. Siapa (orang terlibat)

4. Dimana (lokasi)

5. Bagaimana (kejadian berlaku)

6. Kenapa 

Kita lukis infographic walaupun simple dan tak cantik. Lukisan sendiri lebih mudah diingati berbanding tulisan. Lukisan dan tulisan sendiri akan mengaktifkan mata dan tangan 

Kita tulis dengan tangan, sebab bentuk tulisan sendiri lebih mudah diingati berbanding tulisan standards font computer 

Ceritakan / ajarkan kepada seseorang perkara tersebut 

Lukis sendiri infografic untuk mudah ingat

Contoh infographic yang anda boleh lukis sendiri

Sediakan nota secara ‘peta minda jenis pokok’ / ‘jenis tulang ikan’ / carta / ‘jenis kitaran’ / ‘jenis cabang’. Lihat contoh, klik link di bawah

https://nurulainrahman21.blogspot.com/2017/09/jenis-peta-minda.html

Sebaiknya nota dihiasi dengan warna pada tulisan / garisan / highlight

Kaitkan jika kebetulan nama orang itu sama / benda / aktiviti / perkara harian di rumah. Contoh : setiap kali saya lihat garam, saya akan ingat Imam Ibnu Al Jauzi melalui kitabnya al-Maudhu’at mengatakan “hadith makan secubit garam sebelum makan tidak sahih”

Setiap kali nampak minyak wangi saya akan ingat, minyak wangi alkohol diharamkan dalam solat oleh majoriti ulama, tetapi ulama-ulama ini mengharus iaitu
1) al-Laith bin Saad,
2) al-Muzani
3) al-Syaukani (dalam kitabnya Nail al-Autar)
4) Syeikh Atiyyah Saqr
5) Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
(dalam Fatawa al-Mu’asirah)
6) Fatwa Brunai (2005)

Lekatkan sticker nota-nota kecil pada tempat-tempat yang mudah dilihat

…………………………………DOA……………………………………………………………………………………………………….

Jangan tutup otak, Jangan menutup minat dan semangat dengan kata-kata negatif seperti “susah subjek ni”, “malas la hari ni”, “tak suka la nak masuk kelas hari ni”. Selalu ingat “senang je ni”, “InshaAllah, Allah akan permudahkan”

Sentiasa bersangka baik bahawa Allah akan bantu. hadis sahih. Ia diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” قَالَ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman:

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Aku berada pada persangkaan hamba Ku kepada Ku.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7505

…………………..

Tidur awal dan bangun semula. Waktu doa terbaik dan sangat makbul/mustajab adalah 1/3 malam akhir¹, itu juga waktu paling berkesan dalam belajar (bermula sekitar 2.30/3.00 hingga subuh).

Mohon ibu bapa dan orang lain doakan untuk kita

………………..

Lafaz doa saya :-

“Ya Allah, takdirkanlah apa yang aku baca/study/hafal, itu yang keluar dalam peperiksaan 

Takdirkanlah apa yang keluar itu yang dapat aku jawab dengan mudah dan tepat 

Takdirkanlah jawapan aku memenuhi kehendak pemeriksa

Takdirkan dapat keputusan yang cemerlang”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Masa dapat kertas soalan peperiksaan,

Sementara menunggu kebenaran kertas dibuka, tulis dulu point-point yang kita hafal atas kertas soalan, mana tahu soalan itu keluar, kita sudah ada nota,

Masa mula buka kertas soalan, saya akan baca semua soalan. Bagi soalan yang saya akan jawab, saya akan tulis dulu point-point yang saya ingat ditepi kertas soalan, bimbang bila dah mula menjawab soalan-soalan lain, point-point yang dihafal tadi hilang untuk menjawab soalan tersebut

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Setiap kali sebelum memulakan sesuatu baca “Robbish rohli sodri……” [tidak perlu baca “Qola” (Qola ertinya berkata)], Hayati maknanya supaya lebih mustajab/makbul

……………………..

Baca ayat al-Baqarah 286 (boleh juga baca dalam solat selepas Al Fatihah pada rokaat pertama atau lepas solat) kerana maknanya sangat baik memohon Allah memudahkan urusan


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Baca surah al-Insyirah, lepas solat, sebelum mula atau lepas al-Fatihah pada rokaat kedua kerana maknanya sangat bererti untuk memohon Allah mempermudahkan urusan

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) 

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

……………….

Semoga Allah permudahkan semua yang membaca halaman ini.

(Ini hanyalah sekadar perkongsian cara saya dan bukanlah semestinya yang terbaik. Mungkin kaedah anda sendiri lebih berkesan. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan kaedah belajar yang labih baik dari yang lebih arif, Wallahu a’lam)

Footnote
¹Dr Rozaimi Ramle, Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
" يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ , يَقُولُ :
Tuhan kami turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga akhir malam. Allah berkata:
مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ
Sesiapa yang berdoa kepada Aku maka Aku akan makbulkan untuknya.
مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ
Sesiapa yang meminta kepada Aku maka Aku akan berikan kepadanya.
مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Sesiapa yang memohon keampunan kepada Aku maka Aku akan ampuni dia. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tahajjud, no: 1145; Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, no: 758]
عَنْ جَابِرٍ، قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ ‏"‏ ‏.‏
Daripada Jabir radiallahu 'anhu, aku mendengar nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya pada waktu malam terdapat satu masa yang tidaklah seorang Muslim meminta daripada Allah kebaikan untuk urusan dunia dan akhirat pada waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan kepadanya. Hal itu berlaku setiap malam.
[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, no: 757].
Banyakkanlah berdoa pada 1/3 akhir malam dan memohon keampunan daripada Allah.
Wallahu a'lam.

‘🙂’ emoji yang diciptakan pada 1963 oleh Harvey Ball, dia tidak pernah mendapat royalti, melainkan hanya upah 45 dollars. Syarikat State Mutual Life Assurance mengupah Harvey kerana masalah moral di syarikat mereka untuk menghasilkan pin baju

🙂‘ emoji created in 1963 by Harvey Ball, he never got royalties, but only paid a one-time fee of 45 dollars. State Mutual Life Assurance Company hired Harvey because of the In 1963, the company was experiencing morale problems as it grew, and decided on an in-house campaign to improve morale in their company resulting the smiley face pins that were printed and handed out were a huge succes.

Ada kebaikan yang kita terima dari seseorang, tetapi kita tidak pernah tahu, dalam diam dia telah bantu kita. Bayi dalam kandungan menghantar sel melalui tali pusat untuk memulihkan mana-mana bahagian tubuh ibunya yang rosak.

There are kindnesses that we receive from someone, but we never know, in silence he has helped us.
When any body part of pregnant women get demaged. The baby in her womb send her cells to fixes up the part.

Source :
Research conducted by Arizona State University's Department of Psychology

	

Pada 2011 lelaki Brazil menyelamatkan seekor penguin yang hampir mati kerana tenggelam dalam minyak, sejak dibebaskan, pengguin itu akan berenang sejauh 8,000 km untuk menemuinya setiap tahun

In 2011 a Brazillian man, Joao Pereira de Souza, a 73 year old part-time fisherman, found a penguin covered in oil and close to death. He nursed him back to health and since then the penguin swims 5,000 miles to reunite with the man who saved his life

Kenapa bas sekolah warna oren?

1. Warna kuning mudah dilihat pada waktu gelap berbanding merah

2. Saintis mengatakan warna kuning lebih cepat dikesan

3. Tulisan hitam ‘BAS SEKOLAH’ pada permukaan kuning lebih mudah dibaca dalam cahaya yang malap oleh pemandu lain terutama bila berhenti di tepi jalan untuk mengambil pelajar

Why school bus are Yellow?

1. Yellow more easily noticed in a dark environment, better than we see Red

2. We see Yellow faster than any other colour

3. Black lettering on yellow is easiest for driver to see in the darkness of early morning especially when stopping on the side of the road to pick up students

Ingatan gajah sangat kuat, dikata jika 2 ekor gajah yang pernah bekerjasama dalam sarkas beberapa bulan, mereka boleh cam satu sama lain selepas terpisah selama 23 tahun

An elephants’s memory is so good, 2 elephants who had performed together for a few month in a circus were able recognize each other after being separated for 23 years

Kerap minum Teh susu boleh bawa kepada masalah mental seperti Kemurungan, gelisah dan perasaan ingin membunuh diri. Kajian Tsinghua University and Central University of Finance and Economics di China ke atas 5,281 pelajar di Beijing

Milk tea causes mental health issues like depression, anxiety and suicidal thoughts according to researchers from Tsinghua University and Central University of Finance in China after studying over 5,281 university students in Beijing.

Reference :
Khoo Bee Khim, CNA Lifestyle, Oct 7, 2023

read more :
https://cnalifestyle.channelnewsasia.com/wellness/bubble-milk-tea-addiction-anxiety-depression-suicide-thoughts-372691#:~:text=%E2%80%9CThe%20consumption%20of%20milk%20tea,in%20Journal%20Of%20Affective%20Disorders.

Kajian ke atas 3,000 wanita mendapati Secara purata wanita hanya mampu mengawal desakan emosi untuk menyimpan rahsia selama 2 hari sahaja.

The everage woman cannot keep a secret for longer than 47 hours. The study of 3,000 women aged between 18 and 65 also found that four out of ten admitted they were unable to keep a secret.

Source :
By Murray Wardrop, The Telegraph, September 17, 2009.