Sulphuric acid terhasil bila bawang dipotong yang memedihkan mata. Menurut Majalah Mastika, memotong bawang sambil mengunyah chewing gum boleh menghilangkan pedih mata ????
Selepas sepanjang hari sibuk di makmal dengan bahan kimia Benzoic Sulfimide, Constantin Fahlberg terlupa membasuh tangan sebelum menikmati makan malam, dia kemudinnya mendapati makanannya terasa manis, di sinilah mula tercipta gula Saccharin pada 1879
Sebutan no ‘5’ dalam bahasa Thai boleh juga membawa maksud ‘ha’, remaja Thai menulis ‘555’ bermaksud ‘ha ha ha’ / ห้า ห้า ห้า untuk perkara yang melucukan
Berbanding di rumah, pelukan yang berlaku di lapangan terbang, stesen bas & stesen keretapi adalah pelukan yang betul-betul terisi kasih dan sayang sebenar, lebih ikhlas dan lebih mendalam rasa cinta, kasih dan sayang
Bombshell, pewangi dari Victoria’s Secret yang boleh mencegah nyamuk selama 120 minit lebih berkesan dari penghalau nyamuk biasa. Harga pun terkesan RM459😆
Ada insuran untuk cover ‘hold in One’ dalam permainan golf bagi melindungi penganjur untuk menanggung kos jika ada peserta yang berjaya memasukkan bola dengan 1 pukulan. Di Jepun katanya ada insuran individu, takut member yang main dengan kita berjaya hold in one, kos nak bayar dia, insuran tanggung😁
2,368 spesis bekteria ditemui pada pusat manusia , separuh darinya jenis yang baru ditemui. Di KL pula boleh ditemui beribu spesis yang pakai baju nampak pusat. 😁
Kodak pernah difailkan bankrap pada 2012 kerana juruteranya Steven Sasson pada 1975 mencipta teknologi baru iaitu digital kamera yang berfungsi tanpa filem. Idea itu ditolak boss kodak atas kebimbangan jualan filem kodak akan menurun. Akhirnya teknologi menguntungkan Fujifilm dan Sony dan menjadikan Kodak bankrup
Jam yang mengeluarkan cahaya Hijau di dalam gelap, sebenarnya menggunakan bahan radioaktif iaitu radium. Ia selamat kerana sinar radioaktif ini tidak boleh menembusi kaca, tetapi berhati-hati jika kaca jam tersebut telah pecah
‘🙂’ emoji yang diciptakan pada 1963 oleh Harvey Ball, dia tidak pernah mendapat royalti, melainkan hanya upah 45 dollars. Syarikat State Mutual Life Assurance mengupah Harvey kerana masalah moral di syarikat mereka untuk menghasilkan pin baju
26 lorong lebuh raya paling lebar iaitu Katy Freeway di Houstan, Texas di US tetapi di China, Expressway G4 Beijing – Hong Kong – Macao, kenderaan yang berbaris untuk membayar tol menyebabkan 50 lorong terhasil
Kemera digital pertama, oleh Steven Sasson pada Dec 1975, seberat 3.6 kg, 0.01 megapixels, mengambil masa 23 saat untuk memproses sekeping gambar
Perkataan ‘Salary’ berasal dari perkataan salt (garam), kerana di zaman Rom, garam yang paling berharga, sehingga gaji tentera dibayar dengan garam
Kenapa perlu disebut hukuman gantung ‘sampai mati’. Kerana seorang wanita Maggie Dickson, selepas dijalankan hukuman gantung, dia tidak mati. Mahkamah menetapkan bahawa hukuman ke atasnya telah pun dilaksanakan. Selepas digantung dia hidup 40 tahun lagi.
Ada kebaikan yang kita terima dari seseorang, tetapi kita tidak pernah tahu, dalam diam dia telah bantu kita. Bayi dalam kandungan menghantar sel melalui tali pusat untuk memulihkan mana-mana bahagian tubuh ibunya yang rosak.
Lebih separuh daripada bekalan oksigen di bumi, datangnya dari laut. Dihasilkan oleh Phytoplankton (photosynthesis), plant, algea dan cyanobacteria. Selebihnya di darat termasuk rumput.
Ujian Carbon Dating menunjukkan ikan Greenland Shark yang ditemui berumur 512 tahun. Maknanya ia dilahirkan pada 1505
Ketika semua orang dipindahkan dari sebuah pulau, seorang wanita Juana Maria tertinggal kapal, dia hidup seorang diri di sebuah pulau (San Nicholas Island) selama 18 tahun (1935 – 1953), sebelum diselamatkan
Semut berehat atau tidur cuma sekitar lapan minit bagi tempoh 12 jam
Pada 13 April 2029, dijangka 1 asteroid akan melintasi bumi dalam jarak yang sangat dekat sehingga boleh dilihat dengan mata kasar. Jarak dari bumi 20 ke 30 ribu km bersaiz 340m (1,100 kaki)
22 liter susu diperlukan untuk menghasil 1kg mentega (butter), 10 liter susu untuk menghasilkan 1kg cheese
Sealand, ‘negara’ terkecil di dunia, saiz separuh padang bola, mempunyai kerajaan sendiri, mata wang sendiri, passport sendiri dan pasukan bola sendiri. Penduduknya berjumlah 27 orang
Di tengah-tengah padang pasir dan gurun di Wadi Al-Hitan, Mesir, ditemui tulang ikan paus berumur kira-kira 43 juta tahun
Jalan Raya di Sweden mempunyai 1 lorong, dimana kereta elektrik yang melaluinya akan dicaj semasa sedang dipandu
Rubik Kiub, asalnya alat bantu mengajar, dicipta oleh Professor Erno Rubik, selepas dicipta, dia ambil masa sebulan untuk menyelesaikannya, rekod paling pantas 3.13 saat pada 2023 oleh Max Park
Hachiko, anjing yang setia menanti di Stesen Keretapi Shibuya, menunggu tuannya Profesor Hidesaburo Ueno pulang dari kerja. Menunggu setiap hari, selama lebih dari 9 tahun (dari 21 May 1925 hingga 8 Mac 1935) sebelum dia ditemui mati di tepi jalan
Rekod jem paling teruk di dunia. Jem sepanjang 100km, kenderaan hanya bergerak 1km saja sehari, pengguna terkandas selama 12 hari, pada 14 Ogos 2010 di China National Highway 110 (G110).
George Clooney bagi setiap seorang 1 bag yang berisi wang tunai 1 juta dolar kepada 14 orang kawan-kawanya. Katanya “mereka orang-orang yang tolong saya masa saya susah, sebelum saya dapat capai apa yang ada sekarang”
Nigel Richard, beberapa kali menjadi juara Scrabble Championship dalam bahasa Perancis. Dia dari New Zealand mengambil masa 9 minggu menghafal semua perkataan Perancis tanpa boleh bertutur dalam bahasa yang dimenanginya
Mehran Karimi Nasseri, terperangkap, tidak boleh keluar, terpaksa menghabiskan hidupnya selama 18 tahun di terminal lapangan terbang di Perancis dari tahun 1988 – 2006 kerana masalah passport.
Pada 2011 lelaki Brazil menyelamatkan seekor penguin yang hampir mati kerana tenggelam dalam minyak, sejak dibebaskan, pengguin itu akan berenang sejauh 8,000 km untuk menemuinya setiap tahun
Setiausahanya terlambat kerana kereta rosak, bos ‘Apple’, Steve Jobs menghadiahkan sebuah kereta Jaguar dengan kata-kata “jangan lewat lagi” adakah kisah ini benar kerana tidak ditemui dalam biografi mengenai beliau
Sejak dibuka pada 1971, lebih 1.65 juta cermin mata hitam dikutip kerana ditinggalkan oleh pengunjung. Setiap tahun lebih 6,000 telefon bimbit, 3,500 camera digital, 18,000 topi dan 7,500 buku autograph. 400 – 500 barang tertinggal setiap hari (sekitar 210 adalah cermin mata sehari) disimpan di Disney World’s Lost and Found Department
7cm tinggi kucing paling kecil di dunia, diberi nama Tinker Toy, berat 0.7kg, mati pada umur 6 tahun pada November 1997
Leonid Rogozov, doktor Soviet yang buat pembedahan rawatan appendix ke atas diri sendiri
Garry Kasparov pemain catur pertama yang berjaya mengalahkan super komputer
RM185 juta harga 1 gallon bisa kala jengking. Ia adalah cecair termahal di dunia sebagai ubat antikanser, antiviral, ubat tahan sakit, menguatkan imun, antikulat & parasit,
RM181 trillion kos menghasilkan oksigen kepada penduduk bumi selama 6 bulan, tapi Allah jadikan pokok dan laut menghasilkannya secara percuma. “Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” 31 kali Allah ulang dalam surah Ar-Rahman
Tidak ada nyamuk di Antarctica dan Iceland kerana terlalu sejuk
Terakhir Jan 2022, sebelum tarikh itu, Gurun Sahara telah 5 kali turun salji. Pernah 30cm tebal, sedangkan hujan cuma 100mm setahun
10,000 bilik hotel, 70 Restoran, Abraj Kudai di Arab Saudi, hotel yang sedang dibina, akan menjadi hotel terbesar di dunia dengan 4 bumbung pendaratan helikopter
Kopi – mencegah dan mengurangkan penyakit hati
Mereka yang mengambil makanan pedas 6 atau 7 hari seminggu menunjukkan pengurangan risiko relatif 14% dalam jumlah kematian. Tingkatkan metabolism, cegah keradangan, lawan kanser & bunuh bakteria. “with. the permission of Allah”
Saudagar berlian dari India menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 biji kereta kepada para pekerjanya
Ada bahagian kaki labah-labah tidak ada otot, ia bergerak menggunakan sistem hidrolik yang dijana dari tekanan darah, sebab itu bila labah-labah mati, kakinya akan bergulung kerana jantungnya tidak lagi mengepam darah dan sistem hidrolik tidak lagi beroperasi
Kenapa bas sekolah warna oren?
Kala jengking boleh menahan nafas selama 6 hari
Kenapa jari mengecut dan berkedut bila terendam dalam air?
Von Braun Station, akan dijadikan hotel di angkasa lepas pada masa depan
4 remaja perempuan dari Afrika mencipta generator yang boleh menghasilkan elektrik daripada air kencing yang diproses menjadi bahan bakar. 1 liter dapat menghasilkan 6 jam elektrik
POLICE stand for ‘Public Officer for Legal Investigations and Criminal Emergencies
Craig Lewis, manusia pertama hidup tanpa degup jantung pada 2012. Dia menggunakan jantung tiruan yang tidak berdegup bertahan selama 5 minggu sebelum keluarganya meminta dimatikan jantung tersebut kerana kegagalan fungsi hati dan buah pinggang
Guinness World Records, burung (burung bar-tailed godwit) yang ditag terbang tanpa henti, tanpa rehat, makan & minum selama 11 hari dari Alaska to Australia sejauh 13,560 km
Hummingbird burung paling lapar di dunia, metabolism yang tinggi, perlu makan 77 kali ganda manusia, kadar denyut nadi 1,260 seminit dan 250 kali bernafas seminit
Zirafah 30 kali lebih berisiko di sambar petir adalah fakta yang kurang tepat menurut ‘Science Focus’
Sultan Johor mempunyai koleksi 300 buah kereta mewah, salah satunya adalah Mercedes yang dihadiahkan oleh Adolf Hitler kepada moyang baginda selain jet peribadi dan askar sendiri
Tidak ada ular boleh hidup dengan cuaca di Antarctica, Ireland, Greenland, Iceland. Di New Zealand bukan sahaja ular, buaya pun tidak akan ditemui.
Pada penghujung 1800, seekor baboon telah ditugaskan untuk menjadi signalman di landasan keretapi. Dia tidak pernah melakukan kesilapan hingga akhir hayatnya.
ICEHOTEL di Sweden dibuat sepenuhnya dari lantai ke bumbung termasuk segala yang ada didalamnya daripada ais dan salji. Ia perlu dibina semula setiap tahun kerana musim panas akan mencairkan hotel tersebut
Di Churchill, Kanada, menjadi kebiasaan pemilik meninggalkan kereta tanpa berkunci, untuk membolehkan sesiapa yang diserang beruang polar boleh masuk ke dalam kereta untuk menyelamatkan diri
Vitamin D bukan datang dari panas matahari tetapi daripada kulit kita sendiri. Cahaya panas matahari cuma menukarkan kolestrol dalam kulit kita menjadi Vitamin D. Menurut Majalah Mastika, 2 minit kena panas sudah cukup vitamin D untuk sehari.
Permata asli tidak kelihatan bila di x-ray, adalah fakta yang kurang tepat
Usain Bolt, pelari terpantas di dunia, rekod 100 meter = 9.58 saat, 200 meter = 19.19 saat. Anggaran masa berlari sepanjang Olimpik 115 saat, 8 pingat emas bernilai $119 juta, purata pendapat lebih $1juta untuk 1 saat (RM4.72 juta/saat) tapi untuk berlari 2 minit itu dia telah menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk berlatih
Badan menggugurkan 200 juta sel kulit mati sejam. Kebanyakan habuk di rumah adalah sel kulit mati isi rumah
Seorang budak perempuan di Ethiopia dipukul 7 lelaki sehingga 3 ekor singa datang menghalau 7 lelaki tersebut, bukan itu sahaja, singa-singa tersebut menunggu selama setengah hari sehingga bantuan tiba bagi memastikan keselamatan budak tersebut.
Bagaimana katak minum air? katak ‘minum’ melalui kulitnya, tidak seperti haiwan lain. “apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.” al-Ghafir (40:68)
Michael Nicholson, ada 30 ijazah (1 sarjana muda, 2 associates degree, 23 master’s degree, 3 specialist degree dan 1 doctoral degree). Dia tinggal di kampus selama 55 tahun
Otak menggunakan tenaga seperti mentol 10 watt (sesaat), jika dia menggunakan elektrik seperti komputer, tenaga yang diperlukan oleh otak ialah 10 gigawat.
Kandungan kembar yang lahir dalam sela masa paling lama ialah 90 hari (3 bulan) di USA, bayi pertama pada 1 Januari 1996 dan yang kedua 30 Mac 1996
Ingatan gajah sangat kuat, dikata jika 2 ekor gajah yang pernah bekerjasama dalam sarkas beberapa bulan, mereka boleh cam satu sama lain selepas terpisah selama 23 tahun
Sultan Johor (Sultan Ibrahim) memiliki lesen kapal terbang, helikopter, keretapi dan bot. Pernah membuat 19 terjunan payung terjun, 7 daripadanya pada waktu malam.
Makan ubat perancang boleh mengubah hormon buat otak wanita keliru dalam membuat keputusan, mengurangkan rasa takut dan membuat tindakan yang merbahaya. Menurut National Library of Medicine, National Center for Biotechnology Information Teori ini tidak benar
Makan/minum buah oren sebelum masuk kerja. Buah oren dikatakan dapat mengurangkan stres Menurut Majalah Gila-gila pula makan oren boleh menambah kemahiran bermain bola.
Negara yang tidak ada ular & buaya, New Zealand. Kerana eko-sistem yang tidak sesuai, zoo di New Zealand pun tidak boleh memelihara ular ditambah dengan undang-undang negara itu yang melarang kemasukan ular.
Sultan Johor tidak memakai Tengkolok tetapi Mahkota, tidak memakai keris tetapi pedang, tidak memakai Muskat (berasal dari Oman) seperti sultan-sultan Melayu yang lain.
Untuk meraikan kanak-kanak, Robin Williams setuju menerima ganjaran $75,000 berbanding bayaran yang biasa diterima $8 juta bagi peranannya dalam filem kartun Aladdin.
Duduk 2 jam lebih bahaya dari menghabiskan sebatang rokok. Menurut Natinoal Library of Medicine, National Center for Biotechnology Information Teori ini tidak benar
Kerap minum Teh susu boleh bawa kepada masalah mental seperti Kemurungan, gelisah dan perasaan ingin membunuh diri. Kajian Tsinghua University and Central University of Finance and Economics di China ke atas 5,281 pelajar di Beijing
Di Sweden, Selepas anak lahir atau mengambil anak angkat, ibu/bapa layak mendapat cuti bergaji untuk menjaga anak selama 480 hari
Kajian ke atas 3,000 wanita mendapati Secara purata wanita hanya mampu mengawal desakan emosi untuk menyimpan rahsia selama 2 hari sahaja.
16.4 juta orang Amerika percaya susu coklat dihasilkan oleh lembu berkulit coklat (seperti di Malaysia), manakala Lembu tompak hitam putih seperti di Eropah menghasilkan susu putih. Ini menurut kajian Innovation Center of U.S Dairy
Selwa Hussain, wanita yang membawa bag galas seberat 6kg berisi jantungnya
Lembu dari benua berbeza mempunyai bunyi ‘moos’ yang berbeza menunjukkan dialek mereka tidak sama, ini berdasarkan kajian Language Specialists daripada University of London. Menurut kajian Queen Mary University of London pula, jika dibawa kambing dari benua lain ke tempat kita, mereka mungkin tidak faham antara satu sama lain kerana dialek yang berbeza
Kebanyakan pembunuh bersiri lahir pada bulan November. Kajian pada 2005, ke atas lebih dari 100 orang pembunuh bersiri mendapati 17 lahir pada bulan November
Air liur mengandungi sedikit darah, ia berasal dari darah yang telah diproses dihasilkan sehingga 2 liter setiap hari
Nyamuk bukan sahaja menghisap darah, dia juga kencing ke tubuh manusia
Abdul Qassinm Ismail, pembesar Parsi, yang mempunyai perpustakaan yang boleh mengikutnya. 400 unta membawa 117,000 buku. Setiap unta mewakili abjad masing-masing dan buku disusun mengikut abjad
Nyamuk suka mengigit orang mengandung, aktif, suka makan manis, garam, berempah dan peminum alkohol. Menurut Majalah Mastika, nyamuk suka pada orang makan pisang mungkin kerana pisang mengandungi pottosium
Bulan paling banyak kelahiran di dunia direkodkan ialah pada bulan Ogos, paling sedikit pada bulan Februari
Darah dalam badan seorang manusia, cukup untuk memberi makan 1.1 juta ekor nyamuk
Apakah beza diantara 22nd dan 22th? What is the difference between 22nd and 22th ?
Tidak ada huruf ‘A’ dalam perkataan bahasa inggeris bagi ejaan no 1 hingga 999 (one to nine hundred ninety nine)
Babara Soper dari Michigan melahirkan bayi pada tarikh 08/08/08, 09/09/09 dan 10//10/10
Rudolf Diesel hampir membunuh diri kerana putus asa bahawa ciptaan enjin Dieselnya boleh berjaya pada 1913
Wanita ini selamat ketika ditanam hidup-hidup oleh suaminya kerana menghubungi 911 melalui jam tangan Apple yang dipakainya
$7.5 juta kos membina kapal Titanic, tetapi kos menyiapkan filem Titanic menelan belanja $200 juta
Doktor terawal di dunia ialah doktor gigi, wujud sejak 9,000 tahun dahulu
Jalan yang boleh dikatakan hampir lurus paling panjang di dunia 1,116 km di Arab Saudi.
7,351 bilik, hotel terbesar di dunia, First World Hotel di Genting Highlands
12.262 km lubang paling dalam yang pernah digali, di Rusia pada 1989, dijangka 15 km dicapai pada 1993 tetapi gagal kerana suhu di situ sudah mencecah 182°C