Tag Archives: British

Pertempuran di Bukit Candu, selain Leftenan Adnan Saidi, pegawainya Kepten Harry Rodway Rix dan adik Jeneral Yamashita (pihak Jepun) turut terbunuh, Ayahnya Pak Saidi membunuh 5 orang tentera Jepun, mencederakan 15 yang lain ketika ditangkap di Sungai Ramal. Jeneral Yamashita mati digantung oleh Mahkahmah Amerika di Filipina (23.2.1946) dan Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci dilucutkan jawatan selepas kalah pertempuran Imphal, India kemudian dipenjara di Singapura hingga 1948

British menghantar bantuan tentera dan peralatan perang tetapi kapal itu ditenggelamkan oleh Jepun.

Leftenan Adnan yang tercedera berjaya ditawan tentera Jepun. Dia ditumbuk, disepak dan ditendang oleh Lt Jeneral Renya Mutaghuci sebelum perutnya ditikam, kemudian dimasukkan ke dalam guni, digantung di pokok ceri, kerana kebencian yang mendalam tentera Jepun disebab tentangan yang hebat dan sangat menyusahkan, dia ditikam oleh askar-askar jepun dengan bayonet dan pedang

Kisah ini disaksi oleh Koperal Yaakob yang berpura-pura mati ketika semua orang telah terkorban

Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci dicederakan oleh Pak Saidi. Dia kemudian bertugas di India, dilucutkan jawatan kerana gagal dalam pertempuran Imphal

Dalam pertempuran Imphal dia enggan membenarkan anggotanya berundur, dia memecat panglima-panglimanya. 50,000 daripada 65,000 tenteranya mati akibat kebuluran dan penyakit dalam pertempuran itu, dan dia kemudiannya dilucutkan jawatan. Dia selepas itu pernah dibawa ke Singapura untuk tribunal dan dipenjarakan, dibebaskan pada Mac 1948. Meninggal di tokyo 2 ogos 1966

Jeneral Yamashita dibicarakan dihukum gantung di Laguna Prison Camp Filipina oleh Mahkamah Amerika

Tomoyuki Yamashita adalah pegawai kepada Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci

Tanah Melayu dengan mudah jatuh ke tangan Jepun dalam tempoh 70 hari hingga Jeneral Yamashita digelar Harimau Malaya, tetapi pertempuran yang paling sukar untuk dimenangi adalah Bukit Candu lokasi askar Melayu diketuai oleh Lt Adnan Saidi.

Winston Churchill Perdana Menteri British menggelarkan kekalahan ini sebagai ‘bencana terburuk’