1. Baginda Raja tidak langsung menyambut, menyokong, menyebut atau memberi ulasan tentang hari suci dan puasa Kristian iaitu Ash Wednesday yang jatuh pada 5 Mac 2025
2. Tetapi dalam masa yang sama, baginda raja sibuk, dia sendiri packing kurma untuk orang berpuasa yang akan dibekalkan ke hospital pada Mac 2025. Mungkinkah Baginda tahu hadith memberi makan orang berpuasa mendapat ganjaran pahala sama dengan orang yang berpuasa.
3. Baginda menjemput rakyat berbuka puasa di istana Windsor Castle, England pada Mac 2025 mengumandangkan azan dan solat.
4. Baginda kadangkala memulakan ucapan dengan Assalamualaikum,
5 ketika menjemput iftar baginda mengucapkan Ramadhan Al mubarak
6. kadangkala mengakhiri ucapan dengan InshaAllah
7. Baginda kadangkala memetik ayat quran ketika memberi ucapan
5. Baginda menjadi penaung Oxford centre for Islamic studies
6. Baginda berkawan dan belajar tasawuf dari Martin Lings seorang Islamic scholar juga penulis buku Sirah Rasulullah
7. Baginda dicemuh kerana belajar bahasa Arab dan membaca Al-Quran sedangkan tidak cenderung dengan kitab-kitab Kristian
Semoga Allah memberi hidayah, memanjangkan umur King Charles III, menyembuhkan Baginda Raja dari semua jenis penyakit, memanjang takhta Baginda Raja dan memberi keselamatan kepada Baginda Sekeluarga
Tag Archives: Islam
‘Assalamu’alaika’ (ka) untuk seorang lelaki, ‘Assalamu’alaiki’ (ki) untuk seorang perempuan, tapi Rasulullah SAW ajar kita guna ‘Assalamu’alaikum’ sedangkan (kum) adalah untuk 3 orang atau lebih, walaupun berhadapan dengan seorang sahaja, apakah rahsia disebalik ini?
Untuk menjawab soalan ini, mari kita kaji 2 petunjuk :-
1) Hadith yang diriwayatkan Ibn Umar R.Anhuma bahawa Baginda SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ: السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ.)
Maksudnya: Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh)”
Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad (1055)
2) Kenapa kita beri salam 2 kali kiri dan kanan selepas solat?
JAWAPAN :
Kepada malaikat di kiri dan kanan.
Jadi masa kita beri salam kepada seseorang, sebenarnya ada 3 makhluk Allah dihadapan kita, iaitu 1 manusia dan 2 malaikat di kanan dan kiri
Wallahu a’lam bish-shawabi
Tokong Cina ada yang berkopiah bersongkok atau bertengkolok serta keris
Mereka adalah dewa melayu dipuja semasa tiba di Tanah Melayu untuk meminta keselamatan dan kesejahteraan, mereka dikalangan dewa raja, ahli silat, guru-guru agama atau orang Islam yang alim yang dimuliakan masyarakat,




