Tag Archives: keris
Taming sari dikatakan kebal sesiapa yang memilikinya. Hulu bertatahkan batu permata. Mungkinkah menggenggam batu permata tersebut, tersentuh di tubuh (hukum alam dengan kehendak Allah) menjadi seseorang itu kebal dari senjata. Saya pernah lihat seorang pemilik batu geliga menjadi kebal bila dia menyentuh batu tersebut. Tiadalah kekuatan melainkan dengan kekuatan dari Allah
Batu Geliga tersebut mengeluarkan aura/cahaya di mana cahaya tersebut hanya akan dapat dilihat jika diremdam di dalam air. Wallahu a’lam
Kenapa Mat Kilau susah nak dikalahkan bila berlawan keris dengan dia? Kita belajar silat, reflective akan tepis guna tangan kiri (sebab selalunya musuh serang kita dengan keris di tangan kanan), kita pula serang dia menggunakan keris dengan tangan sebelah kanan, tapi kalau lawan mat kilau, huru Hara bunga silat kita, sebab dia kidal, so kena tepis dengan tangan kanan dan serang tangan kiri, kalau asyik dok tepis tangan kanan yang ada keris di tangan, bila pulak tangan kanan hang nak serang dia😂
Sesetengah keris ada locking mechanisms system, dia Tak bole tercabut sendiri dari sarung dan tidak tercabut keluar bila diterbalikkan, dia kena unlock dengan ibu jari untuk mencabut keris keluar dari sarungnya, orang melayu kaya dengan teknologi
Perak dulu tak ada sultan. Tun Saban pergi ke kampar Hulu Riau Sumatera, berjumpa Sultan Mahmud Shah meminta seorang anaknya ( Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka ke 8) yang berhijrah ke Kampar selepas Melaka diserang portugis Ogos 1511) Baginda memperkenankan untuk membawa ke Perak anaknya bernama Muzaffar Shah I yang menjadi Sultan Perak pertama 1528 dan membawa bersama alat-alat kebesaran seperti Keris Taming Sari dan Pedang Cura Si Manjakini (pedang Cura Si Manjakini diwarisi dari Parameswara) masih ada sebagai alat kebesaran negeri Perak,
Seorang anak Baginda iaitu Alauddin Shah II (ibunya Tun Fatimah) dihantar ke Johor untuk menjadi menubuhkan kerajaan Johor
Beberapa alat kebesaran Negeri Perak yang hilang seperti
Mundam, iaitu mangkuk emas bertatah permata di sekeliling bikar dan beralaskan pinggan emas, dan tali pinggang yang diperbuat daripada enam belas keping cakra yang bercantum semasa perpindahan istana 1874
Kenapa Sesetengah Keris Boleh Berdiri Tegak Dengan Sendiri?
Kerana gabungan bahan terpilih digandingkan dengan reka bentuk yang seimbang menyebabkan keris tidak berat sebelah, tidak terbalik ke kiri, kanan, depan atau belakang
Keris (Malay traditional weapon) has the ability to stand upright by itself because of the material it uses and its balanced design.
Itulah anugerah Allah, Kebijaksanaan orang-orang Melayu terdahulu yang mempunyai teknologi sendiri beratus tahun dahulu