British menghantar bantuan tentera dan peralatan perang tetapi kapal itu ditenggelamkan oleh Jepun.
Leftenan Adnan yang tercedera berjaya ditawan tentera Jepun. Dia ditumbuk, disepak dan ditendang oleh Lt Jeneral Renya Mutaghuci sebelum perutnya ditikam, kemudian dimasukkan ke dalam guni, digantung di pokok ceri, kerana kebencian yang mendalam tentera Jepun disebab tentangan yang hebat dan sangat menyusahkan, dia ditikam oleh askar-askar jepun dengan bayonet dan pedang
Kisah ini disaksi oleh Koperal Yaakob yang berpura-pura mati ketika semua orang telah terkorban
Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci dicederakan oleh Pak Saidi. Dia kemudian bertugas di India, dilucutkan jawatan kerana gagal dalam pertempuran Imphal
Dalam pertempuran Imphal dia enggan membenarkan anggotanya berundur, dia memecat panglima-panglimanya. 50,000 daripada 65,000 tenteranya mati akibat kebuluran dan penyakit dalam pertempuran itu, dan dia kemudiannya dilucutkan jawatan. Dia selepas itu pernah dibawa ke Singapura untuk tribunal dan dipenjarakan, dibebaskan pada Mac 1948. Meninggal di tokyo 2 ogos 1966

Tomoyuki Yamashita adalah pegawai kepada Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci
Tanah Melayu dengan mudah jatuh ke tangan Jepun dalam tempoh 70 hari hingga Jeneral Yamashita digelar Harimau Malaya, tetapi pertempuran yang paling sukar untuk dimenangi adalah Bukit Candu lokasi askar Melayu diketuai oleh Lt Adnan Saidi.
Winston Churchill Perdana Menteri British menggelarkan kekalahan ini sebagai ‘bencana terburuk’