Tag Archives: penyakit

Hadith “Perut adalah rumah penyakit”. Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini, manakala Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.



Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini.

Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.

Ini Adalah kata-kata al-Harith bin Abi Kaladah (seorang ahli perubatan Arab). (Al-Kasyf al-Ilahi, 449)

Source :
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘(halaman 172, hadis no. 306) (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Wanita ini hilang 20 tahun ketika tidur

Balik dari kerja, 
sampai di rumah, 
Kerana terlalu letih, 
wanita ini tertidur di sofa hingga ke senja

Bila bangun dari tidur
Wanita ini terkejut mendapati anak perempuan tunggalnya tiba-tiba sudah menjadi dewasa, 
suaminya tiada, sebaliknya ada seorang lelaki yang belum pernah dikenali mengaku dirinya sebagai suami 

Beliau berjumpa doktor mengadu masalah ini
Kajian doktor mendapati ketika tidur hari itu, beliau diserang strok ringan, 
Stroke tersebut memadamkan memorinya selama 20 tahun

Rekod perceraian, perkahwinan dengan suami baru dan memori membesarkan anak selama 20 tahun telah hilang

Kesan strok bergantung kepada bahagian otak mana yang rosak dan apa yang bahagian itu kawal,

Our brain,

most honourable gift from Allah

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur. (an-Nahl 78)

And Allah has extracted you from the wombs of your mothers not knowing a thing, and He made for you hearing and vision and intellect that perhaps you would be grateful.

An-Nahl 78 (16:78)