Keluarkan dan tulis point penting dalam bentuk nota bernombor. (Nanti olah semula menjadi karangan dalam peperiksaan) Nota pendek lebih mudah diingati
Setiap benda penting akan lengkap jika ada :-
1. Apa (berkaitan apa)
2. Bila (tarikh dan masa)
3. Siapa (orang terlibat)
4. Dimana (lokasi)
5. Bagaimana
6. Kenapa
Kita lukis infographic walaupun simple dan tak cantik. Lukisan sendiri lebih mudah diingati berbanding tulisan. Lukisan dan tulisan sendiri akan mengaktifkan mata dan tangan
Kita tulis dengan tangan, sebab bentuk tulisan sendiri lebih mudah diingati dari tulisan standards font computer
Ceritakan / ajarkan kepada seseorang perkara tersebut
Buat infografic untuk mudah ingat
Sediakan nota secara ‘peta minda jenis pokok’ / ‘jenis tulang ikan’ / carta / ‘jenis kitaran’ / ‘jenis cabang’. Lihat contoh, klik link di bawah
https://nurulainrahman21.blogspot.com/2017/09/jenis-peta-minda.html
Sebaiknya nota dihiasi dengan warna pada tulisan / garisan / highlight
Kaitkan jika kebetulan nama orang itu sama / benda / aktiviti / perkara harian di rumah. Contoh : setiap kali saya lihat garam, saya akan ingat Imam Ibnu Al Jauzi melalui kitabnya al-Maudhu’at mengatakan “hadith makan secubit garam sebelum makan tidak sahih”
…………………………………DOA……………………………………………………………………………………………………….
Jangan tutup otak, Jangan menutup minat dan semangat dengan kata-kata negatif seperti “susah subjek ni”, “malas la hari ni”, “tak suka la nak masuk kelas ni”. Selalu ingat “senang je ni”, “InshaAllah akan jadi mudah”
Waktu doa terbaik dan sangat makbul/mustajab adalah 1/3 malam akhir¹, itu juga wakil paling berkesan dalam belajar (bermula sekitar 3.30 hingga subuh)
Mohon ibu bapa dan orang lain doakan untuk kita
Lafaz doa untuk pelajar :-
“Ya Allah, takdirkanlah apa yang aku baca/study/hafal, itu yang keluar dalam peperiksaan
Takdirkanlah apa yang keluar itu yang dapat aku jawab dengan mudah dan tepat
Takdirkanlah jawapan aku memenuhi kehendak pemeriksa
Takdirkan dapat keputusan yang cemerlang”
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Masa dapat kertas soalan peperiksaan,
Sementara menunggu kebenaran kertas dibuka, tulis dulu point-point yang kita hafal atas kertas soalan, mana tahu soalan itu keluar, kita sudah ada nota,
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Setiap kali sebelum memulakan sesuatu baca “Robbish rohli……” [tidak perlu baca “Qola” (Qola ertinya berkata)], Hayati maknanya supaya lebih mustajab/makbul


Baca ayat al-Baqarah 286 (boleh juga baca dalam solat selepas Al Fatihah pada rokaat pertama atau lepas solat) kerana maknanya sangat baik memohon Allah memudahkan urusan

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Baca surah al-Insyirah, lepas solat, sebelum mula atau lepas al-Fatihah pada rokaat kedua kerana maknanya sangat bererti untuk memohon Allah mempermudahkan urusan

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Semoga Allah permudahkan semua yang membaca halaman ini.