Batu Geliga tersebut mengeluarkan aura/cahaya di mana cahaya tersebut hanya akan dapat dilihat jika diremdam di dalam air. Wallahu a’lam
Tag Archives: Taming Sari
Taming Sari ialah nama pemilik keris, seorang pahlawan jawa Majapahit yang dikalahkan melalui helah oleh Hang Tuah dalam pertandingan dihadapan Sultan Melaka ketika dalam majlis rombongan mengahwini Raden Mas Ayu anak Bentara Majapahit. Ada 2 versi ke mana pergi keris tersebut.
Selepas diserang Portugis (1511), Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8), membawa bersama Keris Taming Sari ke Kampar Riau Sumatera. Kemudian dikirim kepada anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I sebagai alat kebesaran Sultan Perak
Versi lain, dibuang oleh Hang Tuah ke sungai, selepas malu untuk berjumpa dengan Sultan setelah gagal melamar Puteri Gunung Ledang.
Perak dulu tak ada sultan. Tun Saban pergi ke kampar Hulu Riau Sumatera, berjumpa Sultan Mahmud Shah meminta seorang anaknya ( Sultan Mahmud Shah Sultan Melaka ke 8) yang berhijrah ke Kampar selepas Melaka diserang portugis Ogos 1511) Baginda memperkenankan untuk membawa ke Perak anaknya bernama Muzaffar Shah I yang menjadi Sultan Perak pertama 1528 dan membawa bersama alat-alat kebesaran seperti Keris Taming Sari dan Pedang Cura Si Manjakini (pedang Cura Si Manjakini diwarisi dari Parameswara) masih ada sebagai alat kebesaran negeri Perak,
Seorang anak Baginda iaitu Alauddin Shah II (ibunya Tun Fatimah) dihantar ke Johor untuk menjadi menubuhkan kerajaan Johor
Beberapa alat kebesaran Negeri Perak yang hilang seperti
Mundam, iaitu mangkuk emas bertatah permata di sekeliling bikar dan beralaskan pinggan emas, dan tali pinggang yang diperbuat daripada enam belas keping cakra yang bercantum semasa perpindahan istana 1874