Panduan Membina Blog dan website Sendiri
“Membina dan memasang Blog Dot Com Anda Sendiri Dengan Mengikuti Panduan Langkah Demi Langkah Yang Mudah Difahami. Anda Sebenarnya Mampu Melakukannya Sendiri Tanpa Perlu Mengikuti Kursus Di Pasaran.”
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana meluangkan masa ke laman web ini.
Saudara/i,
Mahukah anda menjana pendapatan dengan menggunakan blog? Atau mendapatkan pelawat untuk laman web perniagaan Internet anda dengan mudah melalui blog? Sudah ramai yang berjaya ‘membuat duit’ sama ada secara sampingan atau sepenuh masa dengan hanya menggunakan blog.
Ada juga mereka yang menjadikan blog sebagai ‘pintu masuk’ untuk pelawat ke laman web jualan produk mereka. Mudah ceritanya mereka menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.
TETAPI, sebelum anda mula menjana pendapatan, ada satu perkara yang pertama dan wajib dikuasai iaitu asas blog dari segi teknikal. Selepas memiliki asas ini, maka barulah jalan untuk melakukan apa jua kaedah buat duit dan promosi akan menjadi mudah.
Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.
Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah? Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus meninggalkan anda.
Kini menjadi satu ‘trend’ orang sekarang memiliki blog dot com sendiri bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa di Internet. Malah dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan.
Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog
Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat dan pemasaran yang amat berkesan.
Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!
Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!
TIP HEBAT 1:
Bayangkan anda menyertai satu program atau majlis. Anda berkenalan dengan ramai orang di majlis tersebut dan memberikan mereka kad bisnes anda. Pada kad itu tercatat alamat URL blog anda.
Tidak perlu anda promosikan perniagaan anda semasa sesi perkenalan. Biar mereka masuk ke blog anda dan membaca apakah produk dan servis anda. Jangan lupa di blog letak ‘contact form’ dan maklumat-maklumat produk anda!
Ini baru satu contoh kegunaan blog. Menarik bukan?
Blog adalah satu alat yang amat berkuasa dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan. Anda juga boleh melakukannya jika anda tahu caranya.
Apakah kelebihan blog?
Dengan Memiliki Blog, Anda Boleh:
Membina kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda,
Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda,
Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda,
Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan,
Menambah rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet,
dan banyak lagi!
TIP HEBAT 2:
Internet digunakan untuk mencari maklumat. Jadi, blog adalah salah satu cara berkesan untuk mendapatkan prospek perniagaan anda. Dengan menulis pelbagai maklumat percuma di blog, sudah pasti ia akan tersenarai di enjin carian seperti google.com atau anda promosikan terus kepada prospek.
Bawa mereka ke blog anda dan selepas mereka membaca maklumat-maklumat percuma yang anda berikan, mereka pasti akan berminat untuk mendapatkan produk dan khidmat perniagaan anda!
Atau sekurang-kurangnya mereka telah tahu akan kewujudan perniagaan anda. Nah, ini satu lagi kehebatan blog!
Tapi Ada Sesuatu Di dalam Fikiran Anda…
Saya faham, begitu ramai orang (mungkin termasuk anda?) yang baru ingin bermula di arena ‘blogging’, terutama di dalam proses memiliki (membina) blog dot com sendiri mengalami beberapa masalah seperti berikut:
-Tidak tahu bagaimana memasang blog dot com sendiri
-Bermasalah dengan hal teknikal blog kerana tiada panduan mudah dan lengkap!
-Bermula dengan langkah yang salah
-Memilih topik blog yang tidak menguntungkan
-Takut untuk bermula kerana tiada ilmu atau keliru
-Tidak dapat menguruskan blog dengan baik
-Blog tidak terkenal, pengunjung tidak ramai, hasil tak setimpal
-Tiada seseorang yang memberikan panduan
-Perlu mengupah orang lain dengan kos yang tinggi
-Dan banyak lagi…
Persoalan utama adalah: Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan?
Perhatikan, begitu banyak masalah yang dihadapi oleh ramai orang dan mungkin diri anda sendiri. Ketahuilah, masalah yang akan anda hadapi bukan sahaja di peringkat pembinaan blog, malah di peringkat semasa menguruskan blog tersebut dan di dalam usaha mendapatkan pelawat ke blog.
Tentu anda ingin berjaya di dalam ‘blogging’ (aktiviti ber-blog) bukan? Jika ya, maka anda perlu mendapatkan PANDUAN yang dapat membantu anda untuk membina blog secara mudah dan bagaimana bermula dengan betul.
Untuk itu, saya telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan satu panduan bagi segala masalah yang anda hadapi terutama di dalam membina blog dot com anda sendiri.
Jom…kita mulakan bagaimana cara membina blog atau website Sendiri.
Daripada: MShahrulnizam
Assalamualaikum,Mohon bantuan panduan dari basic hingga professional, hantar ke gmail sy tuan. Terima kasih banyak.