Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan di UTM

Cara Memohon Jawatan Kosong Secara Online di UTM

Peluang Kerjaya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Di UTM, disebalik falsafah “Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif” merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza.

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

Permohonan Jawatan Kosong Secara Online Di UTM
UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti untuk Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM Kuala Lumpur dan Johor Bahru:

Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan :-

Pautan
https://hrfin.utm.my/smuhr/
http://news.kl.utm.my/
http://registrar.utm.my/kualalumpur/
http://registrar.utm.my/en/hcm/

Sebarang pertanyaan berhubung iklan jawatan kosong boleh diajukan kepada urusetia
Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTM KL
di talian 03 – 2615 4415 atau 03 – 2615 4611(Pn Siti Saodah / Cik Sahidar / En Mohd Faizal)

Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru
di talian 07 – 55 31192 (Puan Siti Wahidha) atau 07 – 55 31193 (Puan Nor Faizan).

Peringatan
Anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain.

Perhatian
Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan sebelum mengemukakan permohonan.
Pemohon hanya dibenarkan memohon Tiga (3) jawatan dalam satu-satu masa.
Katalaluan dan Pembayang Katalaluan perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati.