Daily Archives: May 18, 2017

Sistem E-Parcel Kolej Kediaman Mahasiswa UTM

Pengenalan
Sistem UTM ACAD –UTMCPS (UTM College Parcel Services)
merupakan satu sistem
berasaskan web yang dibangunkan
bersama pihak Pejabat
Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEMA) dan
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT). Ia akan menjadi satu platform
mengandungi pelbagai maklumat termasuk kebolehan pengguna untuk
membuat kemasukan maklumat bungkusan, carian pelajar mengikut kolej, kemaskini maklumat bungkusan dan pelaporan.


Manual Pengguna >>>Klik Sini<<<
UTMCPS ini dirangka bagi memudahkan pentadbir kolej membuat
pengagihan bungkusan dan pemantau pengagihan bungkusan.
Selain dari itu, ia disediakan sebagai panduan kepada pengguna berkaitan tatacara penggunaan UTMCPS.

Matlamat
Matlamat utama adalah untuk memastikan bahawa setiap kemasukan data memenuhi keperluan seperti yang dikehendaki bagi memastikan sistem beroperasi dengan lancar dan konsisten.