Monthly Archives: June 2017

Sistem Cuti dan Perakam Waktu UTM (Smis)

“Tujuan Sistem Kad Perakam Waktu ini dikeluarkan adalah untuk menyelaraskan Peraturan-peraturan yang ada di UTM dan Pekeliling-pekeliling yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia berkenaan kedatangan dan pergerakan semua anggota di UTM untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka”.

Semua pegawai dan kakitangan di UTM adalah diwajibkan menggunakan Mesin Perakam Waktu untuk merakamkan kehadiran mereka. Sekiranya sistem perakam waktu elektronik berfungsi, kedua-kedua sistem ini boleh digunakan secara serentak. Semua peraturan, undang-undang dan pekeliling yang berkaitan adalah disertakan dalam Panduan ini untuk rujukan semua staf UTM.

Cuti umum jatuh pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat atau Ahad, cuti gantian akan diberikan pada Ahad (untuk negeri yang cuti hujung minggu pada Jumaat) dan pada hari Isnin (untuk negeri yang cuti hujung minggu pada Ahad). Cuti itu telah diisytiharkan mengikut Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan diwartakan pada 3 April.

“Majikan dikehendaki memberitahu pekerja mereka sama ada memilih tarikh 24 April sebagai hari cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh lain. Sekiranya tiada penggantian hari lain, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum. Apa yang menjadi persoalan ialah apabila cuti umum jatuh pada hari Sabtu, cuti gantian tidak diberikan sedangkan hari Sabtu telah diisytiharkan sebagai hari tidak bekerja khasnya untuk penjawat awam”.

Adakah ini kerana cuti hari Sabtu berbeza dengan cuti hujung minggu pada hari Jumaat atau Ahad? Saya bagi pihak pekerja-pekerja yang lain memohon agar Jabatan Perkhidmatan Awam atau CUEPACS mengkaji perkara ini. Secara rasionalnya sepatutnya perlu diberikan cuti gantian jika cuti umum jatuh pada hari Sabtu.

Makluman kepada PSM SMIS UTM (Admin) ; Bagi melaksanakan proses ini mohon saudara mengikut turutan ini :

Nota: Sila Login SMIS UTM —> Klik Admin —> Klik Perakam Waktu —> Klik Proses Kemaskini Bulanan Nota: (Untuk kegunaan akses dalaman UTM sahaja).

Proses penjanaan ini mengambil sedikit masa, PSM SMIS perlu menekan button Minggu1 hingga Minggu5, satu persatu sehingga satu lapuran dari sistem dikeluarkan pada minggu tersebut dengan syarat pastikan kesemua rekod kehadiran dan pergerakan staf PTJ telah siap dikemaskini.

Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka.

2. Keputusan ini perlu dilaksanakan disemua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutuan
mulai dari sekarang. Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri juga adalah diminta untuk turut melaksanakan sistem ini supaya terdapat keselarasan pengawalan selama peringkat Kerajaan di negara ini.

Cara Pelaksanaan
3. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri, akan mengeluarkan panduan tentang cara pelaksanaan sistem
penggunaan kad perakam waktu itu secara berasingan.

4. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengambil tindakan sesuai
melaksanakan keputusan ini di Kementerian mereka masing-masing dan juga di jabatan-
jabatan dan Badan-badan Berkanun di bawah pengawasan Kementerian mereka. Untuk melaksanakan keputusan ini peruntukan boleh diperolehi daripada Perbendaharaan untuk
pembelian alat-alat yang diperlukan melalui urusan kontrak Perbendaharaan. Nasihat-nasihat lain jika perlu untuk melaksanakan keputusan ini bolehlah diminta dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Pemakaian
5. Kerajaan sedar bahawa sistem penggunaan kad perakam waktu itu mungkin
menghadapi masalah bagi pejabat-pejabat yang mempunyai pegawai-pegawai dan
kakitangan yang menjalankan tugas diluar waktu biasa, diluar waktu pejabat atau
mengikut giliran (shift) yang lain dari waktu biasa.

6. Pejabat-pejabat begitu tidak dikecualikan dari menggunakan sistem tersebut, tetapi bolehlah mengadakan ubah suaian mengikut budi bicara Ketua-ketua Jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun kelonggaran ini adalah tertakluk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU).

Bila Pemberian Hadiah Menjadi Rasuah

“Ehh hadiah ini untuk saya ke”?

Tahukah anda? perkara ini sering dipandang sepi dan remeh kerana mereka menganggap ini adalah perkara biasa dan tiada apa-apa yang pelik sebaliknya. Namun bila ia acap kali dilakukan dan akan menjadi kebiasaan dan boleh menimbulkan bermacam-macam persepsi negatif dikalangan masyarakat.

Ini kerana rasuah merupakan penyakit sosial bersifat sejagat yang boleh berlaku di mana-mana dan boleh menjejaskan kelicinan perjalanan jentera pentadbiran sesebuah negara dan berupaya membinasakan sesebuah pemerintahan.

Ia boleh disamakan dengan penyakit kanser yang apabila telah menyerang maka sukar untuk diubati dan apabila gejala rasuah menjadi budaya, ia akan sukar dibanteras malah akan melumpuhkan sistem pentadbiran awam mahupun swasta.Di sesetengah negara, rasuah dikatakan menjadi darah daging dalam sektor awam dan swasta hingga mengakibatkan negara itu kerugian lebih berbilion dolar setahun. Dalam indeks rasuah antarabangsa, Malaysia berada di tangga ke-44 daripada 163 negara manakala di antara negara-negara di Asia, Malaysia berada di tangga ke-14.

Di negara ini, walaupun BPR diberi tanggungjawab untuk membendung gejala tersebut menerusi langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang, namun tugas membanteras rasuah sebenarnya adalah tanggungjawab yang dikongsi semua secara bersama dari peringkat bawah hingga ke atas.

Apakah erti rasuah? Ia adalah sebarang penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk diri seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Ia termasuk apa jua bentuk penerimaan atau pemberian yang dikenali sebagai duit kopi atau ganjaran, suapan seperti wang ringgit, diskaun, upah, jawatan, perkhidmatan, hadiah, bonus atau undi dengan niat sebagai dorongan untuk melakukan satu tindakan berkaitan dengan tugas rasmi.

Bagi BPR, takrif rasuah juga meliputi kesalahan menawar, menjanjikan dan memberi rasuah, meminta dan menerima rasuah, menggunakan dokumen mengandungi butiran palsu, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri dan memiliki harta melebihi pendapatan. Ia melibatkan dua pihak iaitu pemberi berniat untuk mengikat penerima dan pada masa yang sama penerima bertindak memihak kepada pemberi di mana-mana sektor, organisasi, agensi atau syarikat.

Timbalan Ketua Pengarah (1) BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, ruang dan peluang gejala rasuah dapat ditutup apabila semua pihak khususnya sektor awam dan swasta berganding bahu meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam organisasi atau jabatan masing-masing.

Justeru, sektor swasta juga perlu memberi fokus terhadap usaha membendung rasuah menerusi kawalan dalaman organisasi dengan mewujudkan pelan tindakan pencegahan mereka yang lebih menepati operasi masing-masing.

Komitmen daripada pihak organisasi itu sendiri adalah perlu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini sejajar dengan dasar kerajaan untuk menjadikan sistem penyampaian yang cekap, bersih dan berkualiti.

Seandainya suasana ini wujud dalam sektor awam dan swasta, saya pasti kita akan mampu untuk meletakkan Malaysia ke satu tahap yang setanding dengan beberapa negara yang menduduki tangga terbaik dalam indeks persepsi rasuah antarabangsa,” jelasnya.

Dalam hubungan itu, peranan sektor swasta, khususnya syarikat GLC adalah penting kerana ia memberi kesan secara langsung kepada persepsi, imej dan sistem penyampaian di negara ini terutama di mata pelabur asing.

Ketiadaan pelan tindakan itu akan menjadikan usaha membanteras rasuah, salah laku dan penyelewengan bergerak tanpa hala tuju jelas bahkan akan menyebabkan kakitangannya kabur terhadap garis panduan menghindari rasuah. Keadaan itu menyebabkan sesetengah kakitangan tidak menyedari telah terlibat dalam rasuah berikutan telah ‘terbiasa’ dengan perbuatan tertentu.

Sebagai contoh, kata seorang ahli panel seminar itu, Shamsun Baharin Mohd. Jamil, apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina banyak syarikat yang menerima berkotak-kotak buah limau sebagai hadiah sempena perayaan itu daripada syarikat yang mempunyai tujuan tertentu.

Soalnya, adalah penerimaan itu boleh tergolong kepada perbuatan menjurus kepada rasuah?

Dalam hal ini, kakitangan itu perlu bertanya adakah dengan menerima sebiji limau atau sekotak limau boleh mengubah sesuatu keputusan atau tindakan dalam menjalankan tugas-tugas.

Dan adakah menerima hadiah itu direstui oleh peraturan dan undang-undang syarikat, kata Pemangku Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat BPR itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Jenayah Rasuah, Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan serta Langkah-langkah Pencegahan.

Dalam keadaan tertentu di sektor swasta, sebenarnya ada hadiah atau pemberian yang boleh diterima oleh kakitangan sekiranya mematuhi peraturan, tidak menjejaskan tugas mereka atau mengisytiharkan hadiah tersebut kepada ketua jabatan.

Namun masalah timbul sekiranya, syarikat tersebut tidak mempunyai garis panduan dan pelan pencegahan rasuah sehingga menyebabkan kakitangan menganggap perbuatan salah atau betul tiada bezanya lalu menjadi budaya.

Shamsun Baharin berkata, terdapat juga sesetengah kakitangan tertunggu-tunggu untuk ‘dibelanja’ makan, berhibur karaoke atau bermain golf oleh syarikat-syarikat kontraktor tertentu yang cuba mendapatkan sesuatu tender, projek atau dengan tujuan mempercepatkan kelulusan tertentu.

Budaya memberi angpau atau duit raya juga kadangkala boleh menjurus kepada rasuah. Sepatutnya duit raya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak atau mereka yang tidak bekerja, tetapi apabila ada pihak yang memberi duit raya dengan niat tertentu kepada kakitangan awam atau swasta dengan jumlah yang banyak maka ini sebenarnya rasuah,” tegasnya.

Perbuatan tersebut sebenarnya memundurkan syarikat itu, meningkatkan kos operasi serta membantutkan pembangunan sosioekonomi serta imej negara. Disebabkan keadaan itu statistik berhubung kajian persepsi terhadap rasuah yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002 mendapati sebanyak 31.6 peratus responden agensi kerajaan menganggap berlaku rasuah dalam jabatan mereka.

Sebanyak 17.9 peratus pula responden kerajaan sanggup memberi rasuah dan 12.4 peratus daripada mereka pula sanggup menerima rasuah. Walaupun peruntukan undang-undang membabitkan rasuah di negara ini dikuatkuasakan Akta Pencegahan Rasuah 1997; Kanun Keseksaan; Akta Kastam 1967; Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Pengubahan Wang 2001, namun sektor swasta perlu mempunyai cara mencegah risiko berlaku rasuah menerusi sistem kawalan dalaman.

Ini kerana, bagi sektor awam kecenderungan gejala rasuah boleh dikekang dengan menggunakan Bab D Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran Pegawai Awam. Namun, sektor swasta terutama syarikat GLC pasti menghadapi masalah untuk membendung rasuah sekiranya mereka tiada sistem kawalan tersebut serta pelan tindakan pencegahan rasuah sebagai garis panduan mencegah risiko awal berlakunya perbuatan itu.

Justeru, Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar berkata, pelan tersebut perlu diwujudkan sebagaimana disarankan dalam Pelan Integrasi Nasional (PIN) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini.

Sehubungan itu, seminar berkenaan perlu dipuji kerana mencapai maklamatnya untuk menyedarkan peserta-peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan syarikat GLC tentang kepentingan pelan tersebut sehingga ada di kalangan mereka yang mengatakan seminar tersebut terlalu singkat.

Tidak kurang juga terdapat sebahagian peserta yang ditemui juga mahu seminar seperti ini diadakan secara kerap dan diperluaskan untuk pelbagai pihak. Bagaimanapun, apa yang penting ialah resolusi seminar tersebut perlu dilaksanakan oleh peserta dalam organisasi mereka bagi membanteras rasuah dan sekiranya ia tidak dilaksanakan maka objektif seminar tersebut tidak akan tercapai.

Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan UTM (PEMUDAH UTM)

Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap juga perlu, bagi memenuhi tuntutan rakyat dan masyarakat perniagaan yang terus meningkat.

Sebagai makluman, fungsi utama Jawatankuasa PEMUDAH UTM adalah dalam mengkaji semula sistem penyampaian perkhidmatan di UTM meliputi proses kerja, polisi/peraturan, prosedur dan sumber manusia bagi tujuan penambahbaikan. Selain itu, polisi, strategik dan prosedur dipantau ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian di Universiti serta meminimumkan birokrasi di setiap bahagian dan fakulti.

Penjawat awam bukan hanya memberi khidmat, malah juga penerima khidmat. Dalam urusan seharian, kadang kala kita sendiri berurusan dengan jabatan dan agensi Kerajaan. Kalau kita mahukan perkhidmatan yang cekap, kita harus terlebih dahulu memberikan perkhidmatan yang sama.

Apabila secara kolektif kita meningkatkan tahap perkhidmatan, manfaatnya akan dinikmati oleh kita juga. Sehubungan itu, marilah penjawat awam membuat suatu perubahan yang positif bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih efisien, profesional dan cemerlang.

Setakat ini, realitinya rakyat dan para pelanggan masih memandang sistem perkhidmatan awam negara ini merimaskan; dikongkong birokratik; tidak berorientasikan pelanggan walaupun terdapat Piagam Pelanggan; dan urusan pemproses yang lembap di kebanyakan jabatan dan agensi Kerajaan.

Pihak Biro Pengaduan Awam juga melaporkan bahawa antara rungutan dan aduan paling kerap yang dilaporkan oleh orang ramai ialah terhadap jabatan dan agensi Kerajaan yang tidak memaklumkan status sesuatu permohonan yang telah dihantar. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, dan perlu diberi perhatian yang serius.

Selain itu, Ketua-ketua serta pegawai-pegawai kanan di jabatan dan agensi Kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk mengenal pasti, menilai dan mengkaji semula amalan-amalan masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing. Ini termasuk mengkaji semula sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan, serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.

Untuk itu adalah amat wajar sekiranya penggunaan ICT dimaksimumkan. Penggunaanya yang bersesuaian berupaya memberi manfaat dalam meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan. Sistem dan aplikasi ICT yang dibangunkan berupaya memendekkan masa penyampaian perkhidmatan, mudah dan sentiasa boleh dicapai oleh pelanggan serta tidak membebankan semua peringkat pengguna dengan mengambil kira perkhidmatan utama yang boleh disampaikan melalui ICT berpandukan kehendak dan ekspektasi pelanggan.

Dalam masa yang sama, Ketua-ketua jabatan dan agensi perlu rajin ‘turun ke padang’ serta memantau usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi memastikan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan adalah menyeluruh dan meluas hingga ke akar umbi.

Untuk mencapai tahap kecemerlangan sesebuah agensi sebenarnya bukan bergantung pada kecekapan segelintir warganya sahaja. Sebaliknya ia memerlukan semua warganya bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, adalah penting setiap warga penjawat awam sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan diri masing-masing di dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Oleh yang demikian adalah amat penting setiap dari kalangan kita memberikan komitmen penuh ke atas semua perancangan serta pelaksanaan program latihan yang telah disediakan.

Dalam masa yang sama kita perlu berusaha berterusan menimba ilmu selaras dengan dasar Kerajaan yang menekankan falsafah pembelajaran sepanjang hayat atau life-long learning, sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Antara cabaran utama bagi warga perkhidmatan awam pada hari ini, adalah untuk menukar cara bekerja dari menjalankan tugas-tugas yang rutin kepada peranan yang lebih besar sebagai Knowledge Workers, yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru, mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, dan berani membuat pertimbangan dan keputusan, serta sanggup menghadapi risiko.

Untuk itu kata-kata hikmah daripada Imam Ghazali, “Manusia akan dihormati bukan kerana kekuatan dirinya, tetapi kerana ilmunya,” seharusnya terpahat kukuh di sanubari kita.

Peralihan kepada cara bekerja yang lebih mencabar ini, sudah tentu memerlukan kemahiran dan pengetahuan baru.

Antara kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan anggota perkhidmatan awam ialah kemampuan untuk mengolah atau menganalisis maklumat. Kemahiran ini akan membolehkan kita bertindakbalas dengan lebih yakin, tegas dan cepat, selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di sekitar kita.

Perubahan ke atas pendekatan dan cara bekerja ini sudah tentu memerlukan kesediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi yang lebih penting adalah kesediaan dari segi mental.

Dalam era ICT masa kini, data, fakta dan pengetahuan begitu cepat menjadi lapuk. Maka kemahiran perlu sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan untuk memastikan kemahiran yang ada, sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.

Selain itu, adalah penting bagi penjawat awam membina keazaman untuk terus menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, agar perkhidmatan awam terus berada di hadapan, serta memberi hala tuju kepada rakyat dan Kerajaan ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara.

Borang PEMUDAH/2 (GoogleDocs) ATAU Borang PEMUDAH/1 (doc) – Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru atau melalui fax no: 07-5545755 atau email kepada m-jalel@utm.my / norqamariah@utm.my

Semoga dengan komitmen Y.Bhg Dato/Prof.Dr./Saudara dapat membantu merealisasikan Pelan Global UTM 2012-2020 (Fasa II: 2015-2017) dalam Bidang Tumpuan Utama 5: Pembudayaan Perkhidmatan Berprestasi Tinggi.

Sumber :

Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor

Video Conferencing VC Dari UTMJB Ke UTMKL

Apa itu Video Conference?

Satu sidang video (a video conference is a live) iaitu sambungan visual sebenar antara dua atau lebih orang yang tinggal di lokasi berasingan untuk tujuan komunikasi. Penggunaannya paling mudah, persidangan video menyediakan penghantaran imej statik dan teks antara dua lokasi. Apa yang paling canggih, ia menyediakan penghantaran imej video penuh gerakan dan audio berkualiti tinggi antara pelbagai lokasi.

Mengambil bahagian dalam mesyuarat di tempat kerja anda, pejabat dan di rumah, hotel atau di mana sahaja anda berada serta tablet, telefon, komputer peribadi serta dengan sambungan talian internet.

Memastikan kejayaan dan memaksimumkan pulangan ke dalam penyelesaian Kerjasama Video dengan perkhidmatan persidangan video. Pengguna video yang dipertingkatkan untuk kepuasan pelanggan, menambah nilai produktiviti yang lebih tinggi dan peningkatan kadar penggunaan pengguna.

Video Conferencing (VC) adalah pengendalian suatu sidang video (juga dikenali sebagai sidang video atau videoteleconference) dengan satu set teknologi telekomunikasi yang membolehkan dua atau lebih lokasi untuk berkomunikasi dengan serentak video dua hala dan penghantaran audio. Menyediakan persidangan video dan perkhidmatan streaming secara LIVE untuk UTMJB ke UTMKL dan sebaliknya UTMKL ke UTMJB dan ke lokasi lain seperti UTM Pagoh dan sebaliknya.

Ciri-ciri utama

1080p30 penuh HD sistem persidangan video dengan dua paparan.
Titik ke titik panggilan, atau panggilan berbilang.
Kongsi kandungan PC semasa panggilan video.
Paparan serentak video dan kandungan pada 1 skrin sebagai gambar dalam gambar, atau 2 memaparkan berasingan.

Lokasi
Kampus UTMJB

CICT (D07): Bilik Mesyuarat Utama, Seminar Dewan dan Bilik Mesyuarat Web & Multimedia
Bangunan Canselori Sultan Ismail (BCSI): Bilik Mesyuarat Utama, Dewan Senat, Bilik Mesyuarat TNCPI & Bilik Mesyuarat NC
Dewan Sultan Iskandar (DSI)

Kampus UTMKL

Operasi standard

Kualiti perkhidmatan bergantung kepada penggunaan trafik rangkaian persidangan video pada pautan rangkaian. Dalam kebanyakan kes, berkualiti boleh dicapai pada waktu puncak. Menggunakan teknologi inovatif ini, beberapa penjimatan boleh dibuat:

simpanan kewangan – kos perjalanan
Menjimatkan masa – masa perjalanan, menunggu masa pada permulaan mesyuarat itu
CICT Perkhidmatan

Internet
Infrastruktur & Keselamatan
Pembangunan aplikasi
Pengurusan web
perisian
Sokongan ICT

Sumber berkaitan
VC Reservation

Video tempahan Persidangan dibuka 8:00-17:00, Isnin hingga Jumaat. Tempahan dibuat mesti sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh persidangan dan ujian / persediaan akan dibuat 1 hari sebelum persidangan video itu dibuat. Anda juga boleh membuat tempahan dalam talian:

UTMJB-KL Persidangan Video
Lain Lokasi Persidangan Video
Persidangan Video Kalendar

Permohonan Video Conference untuk Majlis Rasmi UTM sahaja  >>>klik sini<<<

Untuk maklumat lanjut sila hubungi AduIT (UTMJB: 07 55 32136 | UTMKL: 03 2615 4737) atau email kami di: aduit@utm.my

Sistem Kewangan UTMFin dan Audit Dalaman UTM

Sekiranya mempunyai sebarang masalah mengenai capaian sistem atau reset kata laluan dalam UTMFin bolehlah menghubungi staf En Mohamad Zaki bin Mohamad Ariff Ext: 32683 Mel: mohdzaki@utm.my

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai modul-modul dalam UTMFin bolehlah menghubungi staf di bawah:

MODUL BELANJAWAN: Pn Norazilah binti Abu Bakar Ext : 30099 Mel : abnorazilah@utm.my
MODUL TERIMAAN: Pn Hurul Aini binti Razali Ext : 31219 Mel : hurulaini@utm.my
En Mohd Zubir bin Mat Isa: Ext : 30595 Mel : zubir@utm.my
MODUL PEROLEHAN: Pn. Siti Ruhaya Fatimah Binti Tasriff Ext : 30319 Mel : sruhayafatimah@utm.my
MODUL BAYARAN: Pn Saripah binti Mamat Ext : 30257 Mel : ipah@utm.my
Pn Hajar binti Rahmat: Ext : 30690 Mel : hajarahmat@utm.my
Pn Siti Zainorah binti Mohd Najib: Ext : 30690 Mel : zainorah@utm.my
MODUL PENGGAJIAN: En Sallekhuddin bin Abdullah Ext : 30277 Mel : sallekhuddin@utm.my
MODUL PINJAMAN: Pn Asliza Binti Ramli Ext : 30277 Mel : aslizaramli@utm.my
MODUL HARTA TETAP: Pn Noor Zaidah Binti Omar Ext : 30229 Mel : noorzaidah@utm.my
Pn Rasidah Binti Haron: Ext : 30219 Mel : hrasidah@utm.my
MODUL STOR DAN BEKALAN PEJABAT: Pn Noryati Binti Zaharee Ext : 30075 Mel : noryatizaharee@utm.my

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240)
Menghendaki setiap Badan Berkanun Persekutuan mengemukakan Penyata Kewangan
Tahunan kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit. Menteri berkenaan hendaklah
membentangkan di Parlimen dengan seberapa segera Penyata Kewangan yang telah diaudit berserta Laporan Tahunan Badan Berkanun Persekutuan. Bagi memenuhi
peruntukan Akta ini dan Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara telah menjalankan tiga
jenis pengauditan seperti berikut:

1.1 Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan
– untuk memberi pendapat sama
ada Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan bagi tahun berkenaan
menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod
perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
1.2 Pengauditan Pengurusan Kewangan
– untuk menentukan sama ada
pengurusan kewangan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Subsidiari
dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
1.3 Pengauditan Prestasi
– untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Badan
Berkanun Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
2. Laporan saya hasil daripada pengauditan pengurusan kewangan dan pengauditan
prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti Badan Berkanun Persekutuan dilaporkan
berasingan daripada laporan saya berhubung dengan pengauditan terhadap Penyata
Kewangan. Pengasingan ini dibuat kerana Laporan Pengesahan Penyata Kewangan
Dan Prestasi Kewangan hanya dapat disediakan selepas semua Badan Berkanun
Persekutuan menyerahkan penyata kewangannya untuk diaudit dan juga selepas Sijil
Audit dikeluarkan. Laporan saya mengenai pengurusan kewangan dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2007 ini mengandungi empat
bahagian seperti berikut:
Bahagian I
– Pengurusan Kewangan Badan Berkanun Persekutuan Dan
Syarikat Subsidiari
Bahagian II
– Pelaksanaan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan
Bahagian III
– Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam
Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2006
Bahagian IV
– Perkara Am
ix

3. Mulai tahun 2008, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan sistem penarafan indeks akauntabiliti berdasarkan pengauditan yang dijalankan pada tahun 2007
terhadap 26 daripada 118 Badan Berkanun Persekutuan. Badan Berkanun Persekutuan
yang dipilih akan dinilai tahap pengurusan kewangannya berasaskan kriteria yang
diukur secara objektif. Ini dijadikan penanda aras ke arah penambahbaikan pengurusan
kewangan. Pengauditan meliputi 16 institusi pengajian tinggi awam dan sepuluh institusi
kewangan. Analisis menunjukkan prestasi pengurusan kewangan dua (7.7%) daripada
26 Badan Berkanun Persekutuan yang diaudit berada pada tahap sangat baik, 22
(84.6%) pada tahap baik manakala dua (7.7%) pada tahap memuaskan. Pada
umumnya, Badan Berkanun Persekutuan mempunyai struktur pengurusan yang sesuai
dan jelas dengan objektif penubuhan, pengurusan sumber manusia yang cekap,
perancangan pengisian jawatan yang teratur meliputi peralihan tugas dan
pembangunan kerjaya melalui latihan berterusan kepada pegawai. Sistem dan prosedur
kerja telah disediakan dengan lengkap dan teratur. Badan Berkanun Persekutuan juga
menubuhkan jawatankuasa yang penting seperti Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan dan Akaun serta Unit Audit Dalam. Bagaimanapun,
pengauditan mendapati masih ada beberapa peraturan kewangan yang tidak dipatuhi
sepenuhnya.
4. Ketua Audit Negara telah menerima perintah daripada Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pengauditan terhadap syarikat di mana
Kerajaan memegang lebih daripada 50% ekuitinya dan syarikat-syarikat yang mendapat
pinjaman atau geran daripada Kerajaan. Selaras dengan perintah itu, pada tahun 2007,
Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan syarikat
terhadap 10 syarikat subsidiari Badan Berkanun Persekutuan. Pengauditan ini
merangkumi aspek pengurusan organisasi, jawatankuasa yang ditubuhkan, sistem dan
prosedur, analisis kewangan, pengurusan kewangan dan memilih salah satu aktiviti
yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan. Pelan atau strategi perniagaan dan
pengurusan risiko yang diwujudkan oleh syarikat juga menjadi aspek penting
pengauditan.
5. Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara menjalankan
pengauditan untuk menentukan sama ada aktiviti-aktiviti Badan Berkanun Persekutuan
diuruskan dengan cara yang cekap, berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti
berkenaan. Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan
18 pengauditan prestasi sepanjang tahun 2007. Pengauditan tersebut melibatkan
pelbagai aktiviti seperti pembinaan, pengurusan aset, aktiviti peningkatan sosio
ekonomi dan pengurusan pinjaman. Hasil daripada pengauditan terhadap aktiviti-aktiviti
itu mendapati pada umumnya, Badan Berkanun Persekutuan telah membuat
perancangan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bagaimanapun, dari segi pelaksanaan
aktiviti, terdapat kelemahan-kelemahan yang berpunca daripada kekurangan
kakitangan dan peruntukan kewangan, penyeliaan yang kurang rapi serta pemantauan
yang kurang berkesan.

Bagaimana Cara Menggunakan Google Docs

Perkongsian kali ini berkenaan Google Docs boleh membantu anda membuat kerja-kerja yang terbaik secara produktif dan inovatif  dari tempat kerja, sekolah atau rumah, atau dimana sahaja anda berada dengan sambungan talian internet. Kita juga boleh membina berbagai projek dan laporan hanya mengambil masa yang singkat dan mudah. Itulah sebabnya hari ini Google memperkenalkan teknologi dan inovasi seperti penggunaan Dokumen, Helaian dan Slaid untuk anda lihat sendiri dan pelajari alat reka bentuk dan cadangan penyelidikan supaya anda boleh membuat kerja dalam situasi persekitaran yang lebih baik dan lebih cepat tanpa bersemuka, mengadakan perjumpaan atau mesyuarat.

Download di PLAY STORE

Video Tutorial (English Version)

Meroka menggunakan Google smarts untuk membantu anda membuat beberapa dokumen untuk persembahan yang menakjubkan, hamparan dan dokumen itu dalam sebahagian kecil  yang mereka gunakan untuk mendapatkan apa yang paling penting dalam kerja seharian anda. Ia sama seperti mempunyai seorang penyelidik, penganalisis dan pereka bekerjasama dengan anda.

Dengan Google Docs, anda boleh menulis, mengedit dan bekerjasama di mana sahaja anda berada. Secara percuma.

Lebih daripada huruf dan perkataan
Google Docs membawa dokumen-dokumen anda untuk hidup dengan alat penyuntingan dan penggayaan pintar untuk membantu anda memformatkan teks dan perenggan. Pilih daripada beratus-ratus fon, menambah pautan, imej, dan lukisan. Semuanya percuma.

Anda boleh terus bermula dengan template
Pilih daripada pelbagai resume, laporan, dan dokumen lain – semuanya direka untuk membuat kerja anda yang lebih baik, dan kehidupan anda yang lebih mudah.

Dapatkan dokumen anda di mana-mana sahaja, bila-bila masa
Akses, buat dan edit dokumen anda di mana sahaja anda pergi – dari telefon anda, tablet, atau komputer – walaupun tidak ada sambungan.

Semua perubahan yang diedit disimpan secara automatik semasa anda menaip. Anda juga boleh menggunakan sejarah semakan untuk melihat versi lama dokumen yang sama, disusun mengikut tarikh dan siapakah orang yang membuat perubahan itu.


Hanya Melakukan Kerja-kerja dengan Word

Terbuka, dan mengedit dan menyimpan fail Microsoft Word dengan sambungan Chrome atau aplikasi.

Tukar fail Word kepada Google Docs dan sebaliknya.

Meneroka dan dapatkan inspirasi oleh imej, petikan, dan teks daripada carian Google, tanpa meninggalkan aplikasi Android.
Melakukan lebih dengan alat tambah

Pengalaman menggunakan Docs lebih jauh dengan add-ons. Cuba guna Avery Label Merge untuk membuat label cetak dan tanda nama.

Lihat perkara lain yang boleh buat dengan Google Docs?

Dokumen bersedia untuk pergi apabila anda berada. Hanya buat dokumen melalui pelayar anda atau memuat turun aplikasi untuk peranti mudah alih anda.