Daily Archives: August 7, 2017

Sistem Pengumpulan Mata MyCPD UTM

Hari ini nak berkongsi sedikit maklumat, tahukah anda di UTM ada memperkenalkan satu sistem yang boleh merekodkan jumlah Mata CPD setiap kali seseorang staf UTM yang telah hadir setiap majlis ilmu yang dikelolakan mana-mana unit atau jabatan di UTM.

Sistem ini diwujudkan untuk menggalakkan staf UTM untuk menambah nilai ilmu dalam kaedah pembelajaran secara berterusan atau CPD dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran setiap staf. Secara tidak langsung, laluan kerjaya lebih jelas bagi setiap staf di UTM seperti yang dilaksanakan oleh badan-badan profesional lain.

Pejabat Pendaftar yang dipertanggungjawab untuk mengawal sistem ini sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan pelanggan yang berurusan dengan mereka. Bagi tujuan tersebut dari semasa ke semasa pejabat ini akan mengadakan kajian kepuasan pelanggan secara on line mahupun manual bagi mendapatkan maklumbalas untuk digunakan sebagai asas dalam menambahbaik perkhidmatan kami.

Disamping itu bagi memastikan perkhidmatan yang diberi mematuhi piawaian yang ditetapkan, aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti giat dilaksanakan. Dimulai dengan persijilan Amalan 5S sejak 2010 dan baru-baru ini Pejabat Pendaftar telah berjaya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2008 bagi perkhidmatan Pengurusan Modal Insan, Keselamatan dan Pentadbiran Pejabat Pendaftar.

Mereka mengalu-alukan sebarang cadangan, komen dan pendapat untuk memperbaiki mutu penyebaran maklumat dan fungsi laman web kami sebagai salah satu medium penyampaian maklumat yang berkesan. Pelaksanaan Sistem Pengumpulan Mata MyCPD Staf Pengurusan Profesional Dan Pelaksana (PPP) UTM. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju melaksanakan Sistem Pengumpulan mata MyCPD Pengurusan Profesional dan Pelaksanana (PPP) di Universiti Teknologi Malaysia.

Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan meningkatkan kompetensi dan bakat staf.

Melalui kaedah ini, staf PPP bukan sahaja digalakkan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional, malah nilai dan amalan profesional melalui budaya pembelajaran berterusan turut ditekankan. Selain itu, ia juga memberi pengiktirafan kepada staf PPP yang memberi sumbangan dan menaikkan imej Universiti.

Sejajar dengan itu, MyCPD PPP UTM diwujudkan bertujuan untuk mengumpul data kursus staf melalui pengumpulan mata bagi menggantikan kaedah pengiraan kehadiran tujuh (7) hari latihan atau bersamaan 42 jam setahun. Jumlah mata minimum MyCPD PPP UTM adalah 42 mata setahun. Pelaksanaan sistem pengumpulan mata MyCPD PPP UTM berkuat kuasa pada tahun 2015. Sebanyak lima (5) peratus daripada jumlah mata MyCPD yang dikumpul oleh staf PPP akan diambil kira untuk Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (e-LNPT) bermula tahun 2016.

MyCPD PPP UTM adalah untuk staf Kumpulan Pengurusan Profesional dan Pelaksana yang berstatus tetap dan kontrak (lantikan UTM) sahaja. Sehubungan itu, semua staf Kumpulan Pengurusan Profesional dan Pelaksana diminta mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya.