Daily Archives: August 17, 2017

Polisi dan Tatacara Perolehan Kerja UTM

Polisi dan Tatacara Perolehan Kerja UTM adalah untuk rujukan dan akan digunakan bagi keseluruhan perolehan kerja di peringkat Universiti dalam pelaksanaan dan pengendalian projek-projek terutamanya di Pejabat Harta Bina selaku peneraju perolehan kerja di UTM.

PTJ dibenarkan mengendalikan perolehan kerja bagi nilai di bawah RM20,000.00 dengan syarat mendapat kelulusan bertulis dari Pejabat Harta Bina terlebih dahulu (sila rujuk Polisi Item 4).

Ia juga menjadi SOP proses perolehan Bahagian Kontrak, Pejabat Harta Bina berdasarkan kepada keperluan dan prosedur Kerajaan semasa dan disesuaikan dengan keperluan perolehan di UTM.

Sila muat turun Polisi dan Tatacara Perolehan ini untuk rujukan :

POLISI PERLAKSANAAN BAGI TATACARA PEROLEHAN KERJA UTM

Segala pertanyaan berhubung perkara tersebut boleh diajukan kepada Sr. Ahmad Zulkepli bin Md. Tamami di emel zulkepli@utm.my atau Pn. Junaidah binti Hj. Hanafiah di emel jun@utm.my

 

Sumber :

Bahagian Kontrak
Pejabat Harta Bina
81310 UTM, Johor Bahru
Johor, Malaysia