Makluman mengenai minggu pemeriksan kesihatan pelajar baru di Pusat Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Sr. / Dr. / Saudara,

Untuk makluman semua

MINGGU

PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR

BARU LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

 12/9/2017 – 14/9/2017

*Pihak PKU memohon maaf jika terdapat sebarang kesulitan dan kesesakan dalam tempoh masa ini

Terima kasih.

MONTHLY ENGAGEMENT WITH THE VICE CHANCELLOR OF UTM – 11 Sept. 2017

YBhg. Prof./Saudara,


Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (September)bersama YBhg. Datuk Naib Canselor pada Isnin, 11 September 2017.

Sebagai makluman, sesi “UTM Global Plan Phase III (PGU III) and Beyond (enVision UTM 2025)” akan diadakan selepas Perhimpunan Bulanan YBhg Datuk Naib Canselor bertempat di Dewan Sultan Iskandar bermula jam 10.30 pagi.

Perincian Perhimpunan Bulanan (September) adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 September 2017 (Isnin).
Masa : 8.00 pagi
Tempat :

i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

[LINTAS LANGSUNG]

ii. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.
iii. UTM Kampus Pagoh.

Pakaian:
– Pakaian korporat.

Atur cara:
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Pembentangan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian sijil kenaikan pangkat, dll (UTM JB & UTM KL)
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai

Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.

SUKAN MAHABBAH 2017

Salam Sejahtera

YBhg Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara,

Adalah dimaklumkan bahawa Sukan Mahabbah Tahun 2017 akan diadakan pada sepanjang bulan September hingga November 2017 ini. Sukacita dimaklumkan bahawa UTM AIS kekal di dalam Pasukan Hijau bersama-sama UTM SPACE , Pejabat Pendaftar dan Unit Keselamatan.
Ketua Pasukan : En Muhd Zairulhisham bin Zainudin (UTM AIS)
Penolong Ketua Pasukan : En Saifullah (UTM SPACE)
Berikut adalah jadual permainan yang akan dipertandingkan beserta Pengurus Pasukan masing-masing. Kepada yang berminat untuk mengambil bahagian sila daftarkan nama kepada Pengurus Pasukan / makluimkan kepada Ketua Pasukan (En Sham)
1.   Bola Sepak (11, 13 & 15 Sept)  : En Sharil (Keselamatan) & En Azizul (SPACE)
2.   Sepak Takraw (14 Okt) : En Zaman (Pegawai Keselamatan)
3.   Bola Tampar Wanita (14 Okt) ( Dr Nilam Nur (UTM AIS) & Pn Aini (Pejabat Pendaftar)
4.   Bola Tampar Lelaki (7 Okt)  : En Fahim  (UTM SPACE)
5.   Bola Jaring  (7 Okt) : Pn Michelle (UTM SPACE)
6.   Futsal wanita (21 Okt) : Wane / Muni (Pejabat Keselamatan)
7.   Futsal Lelaki ( 22 Okt) : En Zulkifli (UTM AIS)
8.   Badminton (3 Nov) :  En Shafie (UTM SPACE)
9.   Bowling Wanita (3 Okt) : Pn Norehan (UTM SPACE)
10. Bowling Lelaki (3 Okt)  : En Furizan (UTM SPACE)
10. Ping pong (14, 15, 16 Nov 2017) : En Nazri (UTM SPACE)
11.  Menara Razak Challenge (25 Nov) : En Hassan (Pejabat Pendaftar)
Sehubungan dengan itu, mesyuarat pengurus-pengurus Pasukan Hijau telah bersetuju untuk mengenakan yuran sebanyak RM3 kepada semua staf bagi  menampung kos pertandingan tersebut. Sekiranya YBhg Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara, ingin memberikan sumbangan berupa Wang Tunai / Trophy Kejohanan juga amat dialu-alukan.
Sementara jersi perlawanan berharga RM20 adalah diwajibkan kepada pemain dan terbuka kepada staf yang lain (bergantung kepada tempahan).
Sila kemukakan sumbangan YBhg. Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara, kepada En Muhd Zairulhisham bin Zainudin , Ketua Pasukan Hijau tahun 2017.
Kerjasama YBhg Prof. / Prof Madya / Dr. / Saudara amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
 GREEN RANGERS……GO FOR IT

Best Regards,

ZAHARAH BINTI AHMAD @ MD. HASSAN
Deputy Registrar
Advanced Informatics School (UTM AIS)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur

Office:+603-21805344 | Mobile: +6016-5538161 | Fax: +603-21805370

Primary Email: zaharahmh.kl@utm.my

Klinik Bimbingan Psikologi : “BUNUH DIRI”

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
YBhg. Tan Sri/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala sukacitanya bersempena dengan Kempen Pencegahan Bunuh Diri 2017 oleh Pusat Kaunseling UTM selari dengan World Suicide Pevention Day 2017 yang disambut di seluruh dunia, pihak Pusat Kaunseling menjemput warga UTM untuk bersama-sama menyertai Klinik Bimbingan Psikologi yang akan dianjurkan seperti berikut:
Tajuk Klinik:   “BUNUH DIRI”
Tarikh        :    12 September 2017
Masa         :    10.00 pagi -12.00 tengahari
Tempat      :    Pusat Kaunseling UTMKL 
 
Tujuan klinik ini adalah bagi membicara dan berkongsi pengalaman, perasaan, simptom-simptom dan tindakan-tindakan yang perlu diambil berkenaan isu ini. Sayangi diri dan ambil tahu mengenai orang-orang tersayang anda sebelum terlewat!
Sila isi borang yang disediakan menerusi link di bawah sebagai pengesahan kehadiran.
Kehadiran staf akan direkodkan di dalam UTM Smile sebagai mata CPD. Sila hubungi Cik Farhanah pada talian 03-26154326 atau Pn. Hasdiana pada talian 03-26154371 untuk pendaftaran penyertaan dan sebarang pertanyaan.
 
Sekian, didahulukan dengan terima kasih.
 
 
“Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah”
 
 
Admin Pusat Kaunseling

 

MAKLUMAN : IKLAN JAWATAN KOSONG UTMKL SIRI 3/2017

Assalamualaikum w.r.t. w.b.t. dan Salam Sejahtera,
UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020.
Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
JAWATAN:
1. PEMBANTU AWAM (H11) TETAP
2. PEMBANTU OPERASI (N11) TETAP
3. PEMANDU KENDERAAN (H11) TETAP
4. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) TETAP
5. PEMBANTU TADBIR P/O (N19) TETAP/KONTRAK
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29) TETAP
7. PENOLONG JURUTERA (J29) TETAP
Tarikh Mula Iklan  : 5 September 2017
Tarikh Tutup Iklan : 18 September 2017
Iklan jawatan kosong boleh didapati di http://kl.utm.my/pendaftar/job-vacancy
Permohonan yang lengkap secara atas talian di https://hrfin.utm.my sahaja akan diproses.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTMKL ditalian 03-2615 4611.
Harap maklum.
 
Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 W.P Kuala Lumpur
Office: 03-2615 4830 | Fax: 03-2693 4344
Primary Email: registrar.kl@utm.my | Site: http://kl.utm.my/pendaftar

PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof/ Prof Madya/Dr.

Dengan segala hormatnya adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (SATREPS) bagi tahun kewangan 2018. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mewujudkan satu jaringan kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu-isu global di dalam bidang sains dan teknologi.

3. Sehubungan dengan itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berminat perlulah mengemukakan cadangan projek / penyelidikan baru untuk dipertimbangkan bagi tahun kewangan 2018. Penyelidik UTM yang berminat perlu menghantar borang permohonan lengkap (hardcopy) dan emelkan softcopy kepada RMC (m.amirulnizam@utm.my atau eitaeusof@utm.my) sebelum atau pada 10 September 2017 (Ahad) untuk tindakan kami sebelum dikemukakan kepada pihak JPT, KPT.

4. Bersama-sama ini disertakanSurat Makluman Pembukaan Permohonan SATREPS, Format Permohonan seperti di Lampiran A, Garis Panduan Kerjasama Teknikal (Needs Survey Guidance) SATREPS di Lampiran B dan Senarai Permohonan SATREPS 2018 seperti di Lampiran C untuk makluman dan tindakan YBhg. Prof/ Prof Madya/Dr. selanjutnya.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi pegawai di RMC – En. Amirul Nizam/Pn. Raja Rozita (ext 37822) atau pegawai di JPT yang berkenaan, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870 6959.

Sekian, terima kasih.

Hartini binti Darsono
Deputy Registrar
Research Management Centre
UTM, Johor Bahru
Tel: 07-5537837

RMC Portal : http://rmc.utm.my

RMC Facebook : http://www.facebook.com/tmcutm

RADIS : http://radis.utm.my/rmc/

RMC Helpdesk : http://rmconline.utm.my/Helpdesk.html

Pencapaian Atlet UTM di dalam Kejohanan SEA GAMES 2017

Assalammualaikum Wr. Wb.

Seperti semua sedia maklum bahawa, SEA Games 2017 sedang berlangsung dari 19 sehingga 30 Ogos 2017 di sekitar Kuala Lumpur.

UTM Sports Excellence dengan rasa bangga mengucapkan TAHNIAH kepada para atlet UTM yang mewakili Malaysia dan dapat menyumbang pungutan pingat seterusnya menjadikan Malaysia kini di tangga teratas dengan kutipan pingat sebanyak 119 pingat sehingga 29 Ogos 2017.

Antara atlet UTM yang terlibat menyumbang pingat di dalam SEA GAMES 2017 ialah seperti berikut :-

1)  Nurfariha binti Abd. Razak (Bola Jaring)

Fakulti : Pengurusan         Pencapaian : EMAS

2)  Pow Mei Foong (Bola Jaring)

Fakulti : Pengurusan         Pencapaian : EMAS

3)  Muhammad Faizul bin M. Nasir (Pencak Silat)

Fakulti : Kejuruteraan Mekanikal       Pencapaian : EMAS

4)   Nik Norlydiawati binti Nik Azman (Judo)

Fakulti : Pendidikan         Pencapaian : GANGSA

Kami warga UTM Sports Excellence dengan rasa bangga sekali lagi mengucapkan TAHNIAH di atas semangat kesukanan dan sumbangan yang membanggakan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA dan  negara kita MALAYSIA.

Terima kasih.

Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.20-24: JAWATAN PENTADBIR AKADEMIK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

Adalah dimaklumkan bahawa akan wujud kekosongan bagi jawatan-jawatan pentadbir akademik berdasarkan pekeliling-pekeliling berikut:-

 
1. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.20/2017:

PERMOHONAN JAWATAN PENTADBIR AKADEMIK UNIVERSITI – F.K.Elektrik

 
Jawatan:
  1. Pengurus Akademik (Pascasiswazah)
 
2. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.21/2017:
 
Jawatan:
  1.  Pengurus Penyelidikan
 
3. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.22/2017:
 
Jawatan:
  1.  Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Komersialisasi & Jaringan)
 
4. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.23/2017:
 
Jawatan:
  1.  Pengurus Penyelidikan
 
5. Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.24/2017:
 
Jawatan:
  1. Dekan 
  2. Pengurus Penyelidikan
 

Tarikh tutup semua permohonan : 10 September 2017

Semua permohonan hendaklah secara bersurat serta dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar, Seksyen Governan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Maklumat lanjut boleh hubungi:

SEKSYEN GOVERNAN

Pn Rashidah binti Ali
No. ext: 31158
emel: rashidahali@utm.my
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Johor Bahru, Johor.

 


Office:07-5530145  I  Fax: 07-5545755
 


Garnola Bar

Garnola bar memang sedap dimakan apabila lapar. Ia membekalkan tenaga

Bahan-bahan untuk garnola bar adalah seperti berikut: Oat, rice pop, gula, madu, butter. Bahan tambahan seperti kurma, kismis dan kekacang.

 

Lempeng Bakar

 Click untuk lihat video

Sekali sekala ubah selera daripada makan lempeng tepung kosong yang dimakan dengan kuah kari kepada lempeng bakar berlakuk.

Sedap juga kalau ada tuna/sardine/serunding daging.

Doh yang sama boleh digunakan untuk masak lempeng bakar berlauk.

Idea asal adalah daripada resepi korea yang dikenali sebagai Korea Egg Bread (Gyerab-ppang) tetapi telah diubah suai mengikut citarasa keluarga. Resepi asal adalah seperti kek yang mengandungi telur ditengahnya.

Bahan-bahanya:

Adunan Doh

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu segar (atau 1 cawan susu dan 1 cawan air biasa)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu minyak jagung atau minyak masak
  • 1 sudu garam

Topping

Pelbagai pilihan topping yang boleh dipelbagaikan

  • 1 biji telur
  • Tuna atau sardine dalam tin / crab stick
  • Bawang
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Keju

 

Cara-caranya:

Bancuh kesemua bahan A

Boleh taburkan topping mengikut citarasa tersendiri (seperti buat pizza)