Geologi

Bagi subjek Geologi 1 ini, kami telah dijadualkan sebanyak tiga kali pertemuan secara atas talian bagi kelas teori dan satu sesi pertemuan secara fizikal bagi sesi amali di UTM Johor Bahru.

Pengenalan

Maklumat pensyarah yang telah mengajar subjek Geologi 1 bagi Kursus Peralihan Jawatan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains bagi Tahun 2022 adalah seperti berikut.

Dr Afikah bt Rahim
Pensyarah
Fakulti Kejuruteraan Awam UTM

Sesi makmal keempat merupakan sesi amali subjek geologi yang diadakan di Makmal Geoteknik, Sekolah Kejuruteraan Awam. Kami telah diajar oleh pensyarah Dr Afikah bt Rahim.

Bagi tugasan pertama, kami telah dikenalkan dengan carta kitaran Rock Cycle melalui aktiviti membuat carta menggunakan tanah liat. Dalam kitaran ini terdapat tiga jenis batu iaitu i) sedimentary rocks, ii) metamorphic rocks dan iii) igneous rocks. Rajah Rock Cycle adalah seperti pada gambar di bawah.

Rock Cycle!
Rock Cycle menerangkan proses di mana tiga jenis batu utama (igneous, metamorfik, dan sedimen) berubah dari satu jenis ke jenis yang lain. 

Pembentukan, pergerakan dan transformasi batuan terhasil daripada haba dalaman Bumi, tekanan daripada proses tektonik, dan kesan air, angin, graviti, dan aktiviti biologi (termasuk manusia). 

Kemudian, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi sesi amali untuk tiga tajuk eksperimen yang berbeza iaitu:

  • Rock Quality Designation (RQD)
  • Point Load Test
  • Schmidt Hammer
Rock Quality Designation (RQD)
Rock Quality Designation (RQD) adalah ukuran kualiti teras batu yang diambil dari lubang bor. RQD menandakan tahap sendi atau patah dalam jisim batu yang diukur dalam peratusan, di mana RQD sebanyak 75% atau lebih menunjukkan batu keras berkualiti baik dan kurang daripada 50% menunjukkan batuan cuaca berkualiti rendah.
Menjalankan ujikaji Point Load Test
Menjalankan ujikaji Point Load Test
 
Point load test dilakukan untuk mengukur kekuatan (strength) dari sampel batu secara tidak di lapangan.
Mengambil bacaan kekerasan batu menggunakan Schmidt Hammer
Mengambil bacaan kekerasan batu menggunakan Schmidt Hammer
Schmidt Hammer adalah instrumen untuk mengukur sifat elastik atau kekuatan konkrit atau batu, terutamanya kekerasan permukaan dan rintangan penembusan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Afikah di atas ilmu geologi yang telah dicurahkan. Ilmu mengenai jenis batu dan pengalaman yang telah dikongsi. Sesi kelas geologi yang sangat santai dan ceria!

Rujukan:
RQD: https://theconstructor.org/geotechnical/rqd-rock-quality-designation-calculation/20536/
Point Load Test: https://www.academia.edu/6776905/LAPORAN_BAB_III_Point_Load_Test
Schmidt Hammer: https://digital-meter-indonesia.com/schmidt-hammer/