Biologi

Bagi subjek Biologi 1 ini, kami telah dijadualkan sebanyak tiga kali pertemuan secara atas talian bagi kelas teori dan satu sesi pertemuan secara fizikal bagi sesi amali di UTM Johor Bahru.

Pengenalan

Subjek Biologi 1 bagi Kursus Peralihan Jawatan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains bagi Tahun 2022 adalah dibawah tanggungjawab pengajar:

Dr Azman Abd Samad
Pensyarah
Fakulti Sains UTM

Kelas bagi subjek biologi ini lebih kepada menggunakan teknik faham dan hafal. Banyak topik yang perlu difahami sebelum dihafal terutamanya topik yang melibatkan proses kitaran sesuatu.

Terima kasih Dr diatas segala ilmu yang telah diberikan. Sedikit sebanyak kelas biologi ini menjadi medium untuk saya membuat refreshment subjek biologi yang pernah dipelajari suatu masa dahulu. 🙂