Kimia

Sesi Amali Kimia

Sesi makmal dijalankan pada hari kedua kami di UTM Johor Bahru. Lokasi makmal kali ini adalah di Makmal Kimia Analisis 2, Fakulti Sains. Kami telah diajar mengenai pengenalan dan fungsi radas di dalam makmal serta cara yang betul menggunakan pipet dan cara membuat proses pentitratan. Sesi makmal ini bagi kami sangat menarik dan santai!

Kimia Pencairan 0.1M CuSO4.5H2O
Pencairan 0.1M CuSO4.5H2O 2x (0.05M)
Kimia Pencairan CuSO4.5H2O 2x, 4x, 6x, 8x
Pencairan 0.1M CuSO4.5H2O 2x, 4x, 6x, 8x

Kami juga telah didedahkan dengan cara membuat pencairan bahan kimia. Kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan dimana setiap kumpulan perlu membuat pencairan sebanyak 2x, 4x, 6x dan 8x secara berturutan.

Gambar di atas adalah ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Puan Noor Hayati dan Puan Rozilawati.

Peserta Bridging UTM 2022
Sesi bergambar bersama Encik Hashim usai sesi makmal tamat

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hashim bin Baharin di atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami semua. Panjang umur murah rezeki, moga berjumpa lagi!