Pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Yang di-Pertuan Agong telah perkenan bagi pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10. Tahniah diucapkan!

Akhirnya teka teki selama empat hari siapakah yang bakal menjadi ketua jentera hadapan barisan pucuk pimpinan negara telah terjawab. Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tahniah!

Tepat pada jam 4.32 petang, Istiadat Angkat Sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 tersebut telah diadakan di Balairung Seri Istana Negara. Turut diadakan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.

Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara bagi membuat keputusan yang terbaik demi kemaslahatan dan kesejahteraan negara serta rakyat selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istiadat pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke 10

Bagi negara yang mengamalkan konsep demokrasi, ini merupakan hasil daripada undian rakyat semasa pilihanraya yang telah diadakan pada 19 November 2022 yang lalu https://people.utm.my/nurulsafinaz/jom-mengundi-pru-ke-15/.

Saya mendoakan semoga pengemudi negara kita dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah sepanjang mentadbir serta menguruskan perihal negara. Inn shaa Allah.

Sumber: https://youtu.be/clvS9Ssp0eo