REALITI MAYA (VR)
The purpose of virtual reality is to make possible a sensorimotor and cognitive activity for a person (or persons) in a digitally created artificial world, which can be imaginary, symbolic or a simulation of certain aspects of the real world.
(Fuchs & Guitton, 2011)
APA ITU REALITI MAYA?
- Realiti maya merujuk kepada pengalaman yang mendalam dan interaktif berdasarkan imej grafik dalam 3 Dimensi (3D) yang dijana oleh komputer menurut keperluan/kehendak pengguna, dalam erti kata lain, ia adalah simulasi yang dihasilkan oleh komputer, seolah-olah perkara sebenar atau hanya sebuah dunia khayalan (Abdul Hakim et al., 2018).
- Kimer (2011) pula mentakrifkan realiti maya adalah antara muka komputer yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dalam masa nyata, dalam ruang lingkup tertentu dijana oleh komputer, menggunakan perasaan dan pengalaman mereka, melalui peranti khas.
- Pada asasnya, realiti maya adalah medium interaktif yang dihasilkan oleh komputer dalam versi simulasi persekitaran sebenar yang sangat realistik yang mempengaruhi deria pengguna sehingga merasa seakan berada dalam persekitaran sebenar.
APLIKASI REALITI MAYA PADA MASA KINI
- Kini, konsep teknologi realiti maya ini telah digunapakai dalam dunia property bermula dari proses rekabentuk, survei, dan marketing sehinggalah site visit oleh bakal pembeli. Anda akan dibawa masuk ke dunia digital dan melihat dunia yang disimulasi pada headset VR.
- Aplikasi realiti maya ini membantu para pembeli rumah untuk merasai suasana sebenar rumah yang ditawarkan pemaju seakan melakukan site visit di showroom pemaju. Berikut merupakan contoh projek pemaju perumahan yang menggunakan aplikasi realiti maya yang boleh dicapai melalui laman sesawang projek berkenaan.
Astrum Ampang
Rumah Idaman Cahaya Shah Alam
APLIKASI TEKNOLOGI REALITI MAYA DALAM URUSAN KERJA DI UTM
Seiring dengan teknologi masa kini, aplikasi realiti maya amatlah sesuai dilaksanakan di setiap makmal di UTM tidak kiralah sama ada makmal yang terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan mahupun yang terlibat dengan penyelidikan sahaja.
- Teknologi realiti maya memberi kemudahan kepada para penyelidik untuk mengakses jenis-jenis instrumen yang ada pada setiap makmal. Mereka boleh mengenalpasti instrumen mana yang bersesuaian dengan kerja penyelidikan mereka tanpa perlu melakukan site visit.
- Teknologi realiti maya juga membolehkan ujikaji makmal disediakan dalam bentuk realiti maya. Sebelum menjalankan ujikaji sebenar, pelajar boleh menjalani simulasi ujikaji. Kebaikannya adalah, ia dapat mengurangkan risiko hazard.
- Teknologi realiti maya juga membantu menjadikan mesyuarat secara dalam talian lebih menyeronokkan dan dapat menggalakkan kehadiran penuh ahli untuk bermesyuarat. Ia memberi situasi yang menarik seakan suasana sebenar mesyuarat fizikal.