SEJARAH PENGKOMPUTERAN
Komputer didefinisikan sebagai komputer manusia, seorang yang melakukan kiraan dan komputasi, seorang pengira.
Richard Braithwait
Pada asalnya, komputer pada zaman dahulu hanya digunakan untuk membuat kiraan aritmetik. Kiraan aritmetik ini merangkumi operasi penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, exponen dan lain-lain lagi.
Apabila zaman telah berganti zaman, komputer juga mengalami revolusi dari segi penciptaan dan fungsinya tersendiri. Berbanding zaman sebelum masihi, komputer moden zaman kini mampu membuat tugasan lebih kompleks seperti mampu menjalankan simulasi, memainkan video, musik, menaip dan juga membuat kiraan kompleks yang lebih daripada kiraan aritmetik.
Apabila kita menelusuri sejarah pengkomputeran itu sendiri, sebenarnya ia terkandung dalam zaman revolusi industri dimana kita dapat lihat perkaitannya bersangkut paut semasa fasa revolusi industri yang ketiga. Jom sama-sama kita lihat apa yang berlaku.. 🙂
REVOLUSI PERINDUSTRIAN DAN TEKNOLOGI KOMPUTER
Permulaannya, semasa Revolusi Industri Pertama bermula dalam tempoh 1820 hingga 1840 di Great Britain sektor pembuatan menggunakan tangan telah berubah kepada penggunaan mesin yang dikuasai oleh tenaga wap dan air. Seterusnya, Revolusi Industri Kedua pula bermula pada 1870 hingga 1914 melibatkan penggunaan tenaga elektrik dalam pembuatan berskala besar.
Fasa Revolusi Industri Ketiga pula berlaku pada lewat abad ke-20. Dalam revolusi kali ini, elektronik dan teknologi informasi digunakan untuk membantu sektor pengeluaran. Ini berikutan penciptaan litar bersepadu (IC) yang membolehkan komputer bersaiz kecil dapat dihasilkan dan digunakan secara meluas.
Dalam Revolusi Industri Ketiga, komputer masih belum mampu untuk disambungkan sesama sendiri. Maka, pengenalan internet membolehkan komputer mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, rangkaian teknologi komunikasi semasa Revolusi Industri Ketiga tidaklah sepantas dan sebaik sekarang.
Oleh kerana Revolusi Industri Ketiga ini lebih melibatkan penggunaan komputer secara besar-besaran maka ia turut dikenali sebagai Revolusi Digital. Sewaktu Revolusi Industri Keempat diperkenalkan, teknologi komunikasi dan rangkaian internet telah menjadi jauh lebih baik. Ini juga dibantu dengan kemajuan teknologi tanpa wayar iaitu 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth dan yang paling baharu ialah 5G.
Kewujudan Artificial Intelligence, membolehkan data yang diperolehi dapat digunakan untuk membuat keputusan penting tanpa perlu campur tangan tenaga manusia lalu membuatkan mesin hari ini lebih pintar.
Secara tuntasnya, Revolusi Industri Keempat ialah automasi berterusan dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar yang moden.
Rujukan: https://pakcikengineer.com/sejarah/sejarah-penciptaan-komputer/