Teknologi Maklumat

APA YANG TELAH DIPELAJARI?

Berikut merupakan maklumbalas apa yang telah dipelajari sepanjang menghadiri sesi kuliah subjek Teknologi Maklumat 1 ini.

Bermula dengan perasaan gusar berikutan pertama kali mendengar terma-terma yang begitu asing. Tetapi, tak kenal maka tak cinta. Tak belajar maka tak tahu. Dan akhirnya, alhamdulillah segalanya menjadi mudah dengan izin-Nya. 🙂

Slide pembentangan tugasan Maklumbalas Subjek

Banyak input dan informasi berkaitan teknologi maklumat yang terkini telah kami pelajari. Hakikatnya, pada zaman dunia dihujung jari dan tanpa sempadan ini kita tidak dapat lari daripada penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Ternyata, internet bukan lagi satu kehendak tetapi telah menjadi satu keperluan dalam hidup kita.