Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran secara Dalam Talian (Online) dari perspektif pelajar

Pada 24 Jun 2020 saya terbaca satu artikel dalam akhbar New Straits Times dikolum EDUCATION bertajuk ‘Address e-learning challenges, students urge’. Saya tertarik dengan artikel tersebut kerana salah seorang dari 3 orang pelajar yang meluahkan perasaan dan memberikan pandangan adalah pelajar dari program akademik dan dibawah penasihatan akademik saya. Bagus juga artikel tersebut yang memberikan perspektif sebenar dari sisi pelajar kita dimenara gading. Kita perlu mengambil maklum dan tindakan yang bersesuaian dengan situasi semasa dan situasi pelajar sendiri. Sebagai ahli akademik, jika inginkan penyampaian ilmu berlaku dengan berkesan, maka kita harus terlebih dahulu melihat dari sisi pelajar-pelajar kita yang pelbagai.

.

Untuk lebih lanjut, sila baca link berikut. https://www.nst.com.my/education/2020/06/603056/address-e-learning-challenges-students-urge

Kelas Bengkel Semester 2 Sesi 2018/2019 bermula

Prebiu dan Kaunseling Program (Pesisir/Khas) di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau

26 Januari 2019: Saya bersama 3 orang rakan dari Jawatankuasa Pemasaran Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau Negeri Sembilan. Lawatan tersebut diketuai oleh Dr Kamalularifin Subari bertujuan untuk mempromosikan program Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) kepada kalangan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional, guru-guru dan seluruh warga pendidikan di Negeri Sembilan. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, wakil  Bahagian PTV JPN Negeri Sembilan, wakil-wakil Pengetua SMK daerah Rembau. Sambutan agak menggalakkan diterima dari seluruh warga pendidik daerah Rembau dan Negeri Sembilan.

Saya menyeru semua warga pendidik tvet dan mereka-mereka yang berminat dalam pendidikan tvet seluruh Negeri Sembilan agar mengambil kesempatan ini dengan mendaftar secara online program Master in TVET di www.sps.utm.my.

Sesi Perkenalan Penasihat Akademik Dengan Pelajar Baharu SPPJ Semester 2 Sesi 2018/2019

24 Januari 2019: Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM buat julung-julung kali semenjak disenergikan pada Julai 2018 telah menerima seramai 119 orang mahasiswa baharu bagi kemasukan Semester 2 Sesi 2018/2019. Diucapkan selamat datang dan tahniah kepada mahasiswa-mahasiswa baharu SP FSSK UTM. Dari jumlah mahasiawa berkenaan, 24 orang daripadanya adalah mahasiswa program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) atau lebih dikenali sebagai SPPJ. Kumpulan mahasiswa SPPJ ini dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut Penasihat Akademik dan minor pengkhususan. Kumpulan pertama seramai 12 orang akan dibimbing dibawah Penasihatan Akademik Profesor Madya Dr Yusri Kamim dan minor dalam Teknologi Penyejukbekuaan dan Penyaman Udara. Sementara kumpulan kedua dibawah bimbingan Penasihatan Akademik saya dan minor dalam Teknologi Pemesinan Industri. Namun dalam majlis hari ini, mereka semua telah diberikan penerangan mengenai perkara-perkara bersangkutan dengan peraturan akademik seperti etika berpakaian, pendaftaran kursus, pengecualian/perpindahan kredit, kredit minima dan maksima untuk pendaftaran kursus dan sebagainya. Mahasiwa SPPJ ini kelihatan memberikan tumpuan penuh dan sering bertanyakan pelbagai soalan berkaitan dengan hal-hal akademik di SP.

Akhir kata, saya ucapkan sekali lagi Syabas dan Selamat Datang ke SP FSSK UTM.

Courtesy Visit from UniKL MIAT


Today I have received a courtesy visit from UniKL MIAT representative who is also my offshore postgraduate student. Bilateral discussions lasted for almost an hour on planning to pursue higher level studies and research collaboration between MIAT and SOE FSSH UTM.

Photo Session special for my final semester students under my Academic Advice

12 January 2019. This afternoon I spent my valuable time with my SPPJ-Kimpalan students intake February 2014 whereas I’m their Academic Advisor.There are so young, respect the elderly, polite and cheerful despite most of them struggle with financial constraint during their study. They have a bright future. Good luck guys.

Minggu yang sibuk bersama pelajar PSM2

Sejak seminggu yang lalu, suasana kampus UTM Johor Bahru mulai lengang, kerana ramai mahasiswa UTM selesai peperiksaan akhir semester 1 sesi 2018/2019 pulang bercuti dikampung masing-masing. Namun terdapat sebahagian mahasiswa yang masih berada dikampus sama ada mereka-mereka yang dari luar negara, mahu pun yang akan menghadapi pembentangan seminar Projek Sarjana Muda mahasiswa tahun akhir. Tidak ketinggalan mahasiswa Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.

Seramai lebih 100 orang mahasiswa tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terlibat dalam pembentangan Seminar berkenaan. Tidak terkecuali 11 orang mahasiswa di bawah Penasihatan Akademik saya dan 7 orang di bawah penyeliaan saya turut terlibat.

Alhamdulillah kesemua 7 orang pelajar PSM2 dibawah seliaan saya selamat dan sukses dalam pembentangan berkenaan. Begitu juga kesemua sebelas orang pelajar dibawah penasihatan akademik telah meraih kejayaan yang cemerlang. Terbaiklah anda SPPJ-Kimpalan 2014-2019.

Tahniah!

Azizi, Ummu, Azwana, Fatin, Fazliana, Yaya, Darshini, Chin, Eli, Jik, Hamizan dan Collen.

Micro Teaching – Practice Teaching for Engineering Drawing Class

To all my micro teaching class, today we practice demonstration methods especially for hand-on subject like Engineering Drawing.

MIG Welding Course for Teaching Profession

MIG Welding Course

This is one of elective courses which offer to SPPJ students who specialize in Welding Technology. For this semester I have 7 students (4 males & 3 females) enroll for this course.

 

Basic Pneumatic & Hydraulic Course for Design & Technology Teacher

Sistem pneumatik dan hidraulik digunakan dengan meluas di dalam industri kenderaan dan lain-lain industri pembuatan. Sehubungan itu, kursus ini mendedahkan para pelajar kepada konsep dan prinsip sistem pneumatik tulen, elektro-pneumatik, dan sistem hidraulik tulen. Para pelajar juga diberikan pendedahan kepada kemahiran membina litar pneumatik dan hidraulik dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk pemasangan litar. Melalui kursus ini, pelajar akan memperoleh kemahiran membina sistem pneumatik tulen, elektro-pneumatik, dan hidraulik secara kritis dan kreatif.