Pantai Tanjung Aru, Sabah

Syukur kepadaNya, kerana sudah beberapa kali saya berkesempatan berkunjung ke Pantai ini. Pantai Tanjung Aru adalah merupakan pantai awam yang paling dekat dengan Bandaraya kota Kinabalu. Selain itu, pantai ini juga merupakan pantai yang terpanjang di Kota Kinbalu dan ramai berpendapat pantai ini merupakan pantai yang paling baik untuk melihat matahari terbenam.

Pantai Tanjung Aru

Imej ini saya rakam di pantai yang berdekatan dengan lapangan terbang. Seperti yang saya tulis sebelum ini, pantai ini amat panjang dan setiap bahagian ada tarikan tersendiri.  Bahagain pantai yang berdekatan dengan lapangan terbang ini lebih santai dan kurang pengunjung berbanding dengan pantaimTanjung Aru yang lagi satu tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *