Monthly Archives: January 2022

Profesional Technologist – Ts

Gelaran Ts iaitu Profesional technologist dianugerahkan oleh Malaysia Board of Technologist (MBOT).

Nak apply Ts, anda perlu mempunyai pengalaman kerja berkaitan dengan 24 bidang teknologi yang telah diiktiraf oleh MBOT…boleh semak dalam website atau FB MBOT berkenaan dengan 24 bidang ini.

Prosesnya agak mudah dan tidak rumit seperti application Ir..semuanya jelas dan online belaka. debaran mula terasa bila dapat panggilan temuduga. MBOT akan jalankan proses temuduga melalui Skype…so please download apps tu dan try lah pakai pakai dulu…

antara soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan kerja kita..so kalau kita buat apa yang kita laporakn dalam CV, rasanya tiada masalah..masalah yang timbul adalah kalau soalan itu berkaitan dengan Akta dan juga soalan soalan general.

Antara soalan yang saya kena adalah:

  1. Kenapa nak apply Ts sedangkan u dah ada PhD?
  2. Apa bezanya technologist dan engineer?
  3. Apa itu technologist?
  4. Ceritakan sikit pasal Akta?

Blurr sekejap..tapi dapat lah jawab. dan..Alhamdulillah..selepas 2 bulan menanti, saya dapat email yang mnegatakan saya telah lulus penilaian sebagai Profesional Technologist. Dan boleh gunakan gelaran Ts selepas membuat PEMBAYARAN….

Hmmmmm…berapa kos semua sekali..cecah RM1000.00