Monthly Archives: October 2021

Tasik ILmu UTM

Tasik Ilmu UTM ni adalah merupakan temnpat pertama yang saya kunjungi semasa saya sedang cuba belajar sendiri sendiri unutk mengambil gambar lanskap. Selain tasik ini, pantai Teluk Cempedak juga merupakan tempat terawal yang saya gunakan untuk mempelajari gambar landscape secara serius.

Tasik ini menjanjikan pelbagai ruang unutk kita mengasah bakat. Memang tidak dinafikan ..itu adalah benar. Komposisi yang betul betul baik dan olahan post processing sahaja yang dapat menyerlahkan kecantikan tasik ini dalam gambar…

Kalau anda pelajar UTm atau staff UTM dan ingin mencuba bidang foto landskap ini, silalah ke Tasik Ilmu UTM ini di waktu matahari terbit, senja atau lewat petang.

Gambar di bawah ini saya rakam pada 12 Oktober 2021. Gambar pertama setelah 2 tahun tidak ke tasik ini. Banyak pembaharuan dilakukan unutk mencantikkan tasik ini.

The photo is allowed to be used for academic or non-commercial purposes only. If you require a larger resolution please contact me. Photo credit should be given to shahrin bin md ayob

DJI Air 2 atau Mavic Air 2s

Mavic 2 Air dilancarkan pada tahun 2020 manakala Air 2S pula pada Bulan April 2021. Kalau dari spesifikasi, usah tentu saya akan pilih Air 2S kerana ia mempunyai keupayaan untuk mencerap gambar pada low light situation kerana mempunyai saiz sensor sebesar 1 inchi. Saiz sensor mempengaruhi dynaic range sesuatu gambar dan lebih banyak data gamabr boleh diguna untuk tujuan post processing. Bilangan pixel bukan segala-galanya. Pixel ini saya rasa lebih kepada untuk video. Sebenarnya unutk menghasilkan video 4 k, sensor camera hp dah cukup. Yang menyebabkan sesautu hp itu tidak berupaya untuk merakam video 4k adalah keupayaan pemproses tersebut.

Ok berbalik keapda drone. Air 2S memang menjadi pilihan utama. tetapi harganya yang agak tinggi iaitu sekitar RM4.5k menyebabkan saya terpaksa tunggu dan lihat dahulu. Mungkin harga akan kurang sedikit dengan pelancaran Mavic 3.

Ya Mavic 3 akan dilancarkan pada November 2021 nanti. Dari segi spesifikasi, ia mempunyai 2 kamera dan menggunakan sistem Haslleblade.