Monthly Archives: September 2022

RAR Family Day 2022

Alahmdulillah, setelah 2 tahun tertunda, Hari Keluarga RAR disambut pada 9 Sept hingga 11 sept yang lepas di Adena Beach Resort, Kuantan.

Resort ini berdekatan dengan Villaku Residence, iaitu tempat inpa kami dan juga sambutan RAR Family day dahulu kala.

Kali ini, saya hampir 100% ahli keluarga RAR berkampung di sini. Jumlah saya rasa dalam 150 orang termasuk kanak-kanak. Boleh tahan lah ramai dan saya tabik kepada AJK kerana berjaya mengadakan sambutan sedemikian.

InsyaAllah, next punya RAR family day akan dibuat di luar negara pula.

Video ni saya rakam menggunakan HERO 9 Black. Saya rakam keseluruhan menggunakan 1080 30fps. kalau shoot 4k, semput komputer saya nak prosess rendering video hahah