Profil

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1979.  Memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Padang Tembak (1) dan di SK Hulu Kelang, SMK Lembah Keramat (1) dan seterusnya ke Maktab Rendah Sains MARA Jasin (sekrang dikenali sebagai MRSM Tun Ghafar Baba). Merupakan pelajar kohot pertama Program Khas Akademik di MRSM Jasin.  Pada tahun 1997, memulakn pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik (kuasa) di Universiti Teknologi Malaysia.  Diterima bekerja sebagai tutor di UTM dan kemudian menyambung pengajian di universiti yang sama pada tahun 2002 dan 2005 untuk pengajian sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik kuasa.

Berkhawin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Pernah aktif secara serius dalam permainan tenis dan badminton. Peminat bidang fotografi landskap dan merupakan seorang shutterstock contributor yang aktif.  Sekarang dalam proses untuk mencapai berat badan ideal dengan gemar berlari setiap hari.