Dunia Sekarang

Selalu jugak kadang kala memikirkan perjalanan hidup manusia di dunia ini. Apa yang mereka kejarkan. Kalau kita yang beragam Islam, sudah pasti untuk mendapat keredhaan-Nya. tapi yang lain..? apa motivasi mereka?

Bila virus covid-19 ni melanda, banyak sektor ekonomi terganggu..paling terganggu saya rasa adalah sektor pelancongan dan sektor pembuatan. Banyak pekerja diberhentikan..bukan yang kana gaji je terkesan..usahawan pun terkesan!

Ada yang dibuang kerja kerana pengeluaran produk yang terganggu dek kerana kesan virus ni…itu baru virus….

Macammana pula dengan gelombang revolusi industri ke 4 ini? semuanya akan diautomasikan..maknanya pekerja kelas bawahan akan dibuang. Jurutera pun tak diperlukan dah nanti..semuanya akan dibuat oleh robot..artifical intelligence, machine learning..semuanya ke arah automasi yang kelak mengganggu gugat pekerjaan kita….Apa mereka nak makan? apa akan jadi pada dunia? adakah kelak semua manusia tak perlu bekerja? bagaimana nak dapat wang untuk kehidupan? adakah kelak, semuanya percuma? ….tidak kott…

dunia akan semakin jahat! mereka terpaksa mencuri, merompak untuk hidup. Mereka tersepit kerana peluang kerja yang telah ditutup.

Adakah kita sebagai golongan yang berkuasa ini akan memaksa mereka untuk menaik tarafkan kehidupan? belajar tinggi tinggi agar dapat jadi orang atasan..kalau dah ramai orang yang nak belajar tinggi tinggi, sapa pulak nak jadi orang bawahan?

Nah nanti akan sampai di mana orang atasan level ‘bawahan’ akan ula terasa kesempitan hidup…bersaing satu sama lain untuk jadi lebih atas supaya tak merasa kepayahan orang atas kelas bawahan….

memang saya tak paham dan sememangnya susah untuk saya faham…teknologi, revolusi industri..kalau baik, kita guna..tapi kalau kelak akan merosakkan kehidupan elok kita jauhkan!

ada tangan tangan kuasa ghaib ..menolak nolak kita untuk ke arah yang mereka rancang!