Gambar lama ni….semasa saya sedang berkemas untuk kosongkan hard disk saya..terjumpa pula imej ni
Dirakam dari Bukit Ampang….kilat sabung menyabung dari kejauhan..
Gambar lama ni….semasa saya sedang berkemas untuk kosongkan hard disk saya..terjumpa pula imej ni
Dirakam dari Bukit Ampang….kilat sabung menyabung dari kejauhan..
FCS, satu jenama yang tidak pernah saya dengar dan agak asing di Malaysia. Semuanya bermula semasa saya bercuti di Bali. Saya terpandang satu backpack yang agak cantik di kedai surfing di Kuta, bali.
backpack yang amat cantik, tapi harganya boleh menjangkau RM500.00..cantik tapi mahal…memang tak beli lah…..
Balik ke Malaysia, teringat backpack tu…saya tidak berapa ingat jenama backpack tu…..menggunakan khidmat packcik google, akhirnya nama jenama tu muncul…iaitu FCS – Fin Control System.
Google lagi untuk lihat berapa harga di pasaran online: satu kedai online surfdome.com berpengkalan di UK tapi mempunyai perkhidmatan penghantaran barangan ke Malaysia.
Ada pelbagai jenis backpack FCS; Roam, Stark, Mission dan Covert. Backpack yang saya lihat masa di Bali tu adalah variasi Covert tapi saya lebih tertarik dengan variasi Roam. harga selepas diskaun sekitar RM220, campur dengan kos penghantaran..jumlah sekitar RM270.00 je..boleh lah harga tu dengan kualiti.
Akhirnya saya BELI!
Syukur kepadaNya, kerana sudah beberapa kali saya berkesempatan berkunjung ke Pantai ini. Pantai Tanjung Aru adalah merupakan pantai awam yang paling dekat dengan Bandaraya kota Kinabalu. Selain itu, pantai ini juga merupakan pantai yang terpanjang di Kota Kinbalu dan ramai berpendapat pantai ini merupakan pantai yang paling baik untuk melihat matahari terbenam.
Imej ini saya rakam di pantai yang berdekatan dengan lapangan terbang. Seperti yang saya tulis sebelum ini, pantai ini amat panjang dan setiap bahagian ada tarikan tersendiri. Bahagain pantai yang berdekatan dengan lapangan terbang ini lebih santai dan kurang pengunjung berbanding dengan pantaimTanjung Aru yang lagi satu tu.
Kawasan Tanjung Langsat ini letaknya di dalam kawasan Pasir Gudang. Tempatnya agak terpencil sedikit. Ia merupakan kawasan kampung melayu. Untuk peminat gambar landskap, ada dua tempat yang boleh dikunjungi untuk sesi matahari terbit, iaitu di jeti kayu dan jeti batu.
Jeti kayu (sebenarnya bukan jeti)..ia merupakan warung makan yang dibina diatas air. Jeti batu pula merupakan jeti di mana semua urusan tangkapan ikan dilakukan di situ. Di sekitar kawasan jeti batu ini ada terdapat restoran terapung lain.