DIY upgrade HDD kepada SSD

Salam. hari ni nak cerita sikkt pasal tukar hard disk lama kepada hard disk baru versi SSD. SSD ni lebih laju berbanding hdd lama yg menggunakan komponen mekanikal .
tercetusnya diy ni adalah kerana laptop Thinkpad x220 yg semakin lembab bila upgrade kepada  Windows 10. Mulanya saya hanya upgrade RAM dari 4GB kepada 8GB. Performance ada seikit peningkatan. Tapi dari kecepatan booting dan nak buka software yg berat mmng masih slow. Berbekalkan SSD Crucial 240GB yg septtnya digunakan utk upgrade Macbook ( tapi x jadi), maka saya pun mulakan proses clone . Clone kan semua benda dlm hdd lama kepada ssd baru menggunakan sotfware yg boleh dibeli . Proses clone ni agak lama.. bergantung kepada kapasiti storage yg nak diclone…

 

tapi sebelum tu… kenalah siap siap pasang ssd baru ni ke komputer menggunakan sata / usb adapter dan jangan lupa initialize kan ssd tu . Guna disk management dlm windows 10.

sejujurny saya tak berapa yakin dgn proses clone ni sbb takut ada step yg salah… tapi alhamdulillah…  bila dah clone dan gantikan hdd dgn ssd ni terus boleh ON

prestSi? Hmmmm memang sangat laju dan macam komputer baru laah