Monthly Archives: October 2020

Selamat Hari Lahir Isteriku

Tanggal hari ini, merupakan ulangtahun kelahiran isteri. Hajat dihati nak buat surprise dengan hadiah Apple Watch SE, tapi lain pulak jadinya..haaaih….

Lambat lagi nak dapat apple watch..23 hari bulan baru boleh jenguk jenguk kat Switch. Sebab saya pre-order dan saya buat arrangement agar saya sendiri datang kutip applewatch bila dah ada stock..Hopefully dapatlah jam tu pada 23 Oktober ni..itu pun hari jumaat…memang tgh cuti dan susah jugak nak buat surprise

Video pengajaran Lab Mesin

Lebih kurang 2 minggu sebelum kuliah bermula, KPT buat aturan bahwa semua kelas dan makmal perlu dilakukan secara online.

Fuh..memang agak kelam kabut dan pening sekejap memikirkan bagaimana para pelajar akan buat ujikasi mesin ac. Pikir punya pikir akhirnya, setuyju untuk buat secara video. Kita sebagai pengajar akan membuat demo kepada pelajar dalam bentuk video. Semua bacaan akan diambil. Pelajar hanya perlu tonton video tersebut sampai habis dan buat analisis seterusnya berdasakan bacaan yang direkodkan.

Ini merupakan sumbangan kecil saya lah dalam menyampaikan ilmu. Moga bermanfaat dan menjadi rujukan kepada generasi yang akan datang.

Salah satu video tersebut:

iphone 12

14 Oktober, Apple telah melancarkan ipone 12 series: 12 mini, 12, 12 PRO dan12 PRO Max. Based pada review, banyak recommend 12 mini

https://www.youtube.com/watch?v=cnXapYkboRQ

Apple Watch Series 6 Pre-order

Saya dapat email semalam dari Switch. Mereka nak sampaikan yang Apple Watch Series 6 dah boleh buat pre-order pada 16 Oktober ini start pukul 9.00 am.

Saya macam plan nak beli tapi bukan untuk saya tapi untuk yang tersayang (hadiah hari jadi). Nak beli pun rasanya Apple Watch SE dah cukup berbaloi kot sebab features yang ada pada Apple Watch 6 ni banyak yang tak boleh activate di Malaysia macam ECG, Family group dan Oxygen sensor.

So better beli Apple Watch SE je..harga pun oklah..

Pace larian

Hanya nak bagitau sebagai rekod dalam medium internet ni. Nak habq yang saya punya pace larian paling laju setakat ni adalah 5 minit/km..memang laju kot untuk orang dalam usia saya ni.  saya buat ni dalam pusingan km ke 2 (out of 3km total). Dan total time untuk 3km saya yang terbaik setakat ni adalah 16 minit 25 saat

Unutk 5km pulak (jalan sedikit turun dan sedikit naik), paling laju adalah 29 minit 30 saat.  maknanya, setiap km saya punya pace adalah di bawah 6 minit

Bukan senang nak dapat kelajuan ini…ampir 2 tahun jugaklah