Power factor correction

Power factor correction atau dalam bahasa melayu pembetulan sudut kuasa adalah amat penting dalam menjamin kualiti sistem kuasa nasional. Beberapa perkara buruk yang disebabkan sudut kuasa yang rendah adalah a. Bil pengguna yang tinggi b. Kabel litar rumah akan cepat panas dan mengurangkan jangka hayat kabel c. Litar pintas boleh berlaku kerana kabel yang rosak akibat panas. Bagi pihak TNB pula, beberapa perkara adalah: a. Penjanaan tenaga yang lebih (yang tidak sepatutnya) b. Kehilangan kuasa semasa dalam sistem penghantaran kuasa yang besar c. Kerosakan kabel dan penyelenggaraan yang tinggi.

Apa penyebab power factor yang rendah?

Antara penyebab utama sudut kuasa yang rendah adalah penggunaan peralatan yang mempunyai induktif yang tinggi seperti mesin ac, litar yang tidak kemas, dan penggunaan pengubah kuasa berasaskan suis (perkakasan elektronik kuasa) seperti pengecas bateri, inverter dan sebagainya.