Monthly Archives: December 2020

Desaru 2

Bertemu lagi..saya pamerkan landscape kedua dari Desaru. Minggu depan ke Desaru lagi..kali ni menginap di Lotus Seaview…agak jauh dari Desaru dan dah dekat dengan Pekan Rengit, Pengerang

Desaru sunrise

Salam

sudah agak lama saya tak pergi bercuti bersama keluarga besar sebelah isteris saya. Sepatutnya, bulan ini kami adakan Hari Keluarga di Kuantan. Tapi kerana penangan Covid-19 yang tidak juga reda, kami terpaksa tangguhkan.

Gambar ini dirakam pada 26 Disember 2020. Saya inap di Lotus Desaru resort, tapi di situ tiada objek atau subjke yang menarik. Dari jauh saya lihat deretan batu. Deret batu terletak dalam kawasan pantai Sand & Sandal Hotel (dulu dikenali sebagai Pulai Desaru). Jauh jugak lah berjalan kaki..tambah tambah lagi tanha pasir sangta lah lembut..memang semput kalau tak exercise.

Style of Post Processing

bergantung kepada sesautu gambar dan mood. Itu lah style of processing saya. Untuk gambar UTM ni, amat sukar untuk seimbangkan antara kawasan yang cerah iaitu langit dan kawasan foregound iaitu kawasan kampus UTM. Contrast terlalu tinggi. Drone pulak tak boleh nak pasang GND atau RGND ..(memang tak de pun hihih)..

Saya memang tak recommend pasang filter di depan lens drone sebb akan menyebabkan beban berlebihan pulak pada motor camera.

So untuk menyimbangkan kecerahan kedua dua kawasan, terpaksa buat luminance masking…. Ambil gambar yang sama berlainan exposure. Selalunya saya akan kekalkan ISO serendah yang mungkin iaitu ISO100. Aperture tak boleh control, so hanya control shutter speed…shutter speed tu pun agak agak je..Buat pakai manul mode..jangan pula pakai auto mode sbb selalunya ISO akan tinggi untuk compensate shutter speed yang slow. Banyak noise nanti..sia sia je…

So Luminance masking yang saya pakai ni adalah Raya Pro (kena beli ye)..kalau nak percuma pun ada, iaitu Easy Panel…saya rasa Easy Panel pun dah cukup dah

Universiti Teknologi Malaysia 1 Disember 2020