Aktivit Apa MCO 3.0?

kesihatan / latihan mental dan fizikal perlu seimbang. Deangan keadaan MCO 3.0 di mana oergerakan riadah terbatas. Pekerjaan yang normal pun terbatas, sememangnya akan sedikit sebanyak menggugat kekuatan dan kesihatan mental kita.

Di pihak pesnayrah, saya rasa kurang sedikit tekanan dari segi penyampaian berbanding semasa MCO 1.0. Pada masa itu, pensyarah perlu secara paksa rela menyesuaikan cara pengajaran atas talian. Serba kekurangan dari segi ilmu penyampaian secara online, perkakasan, sememangnya akan membuatkan tekanan darah tinggi.

Dari sudut pelajar, tekanan memang senantiasa ada dalam setiap semester. Ini berpanjangan dan ini merupakan semester ketiga mereka terpaksa menghabiskan pengajian semester secara online.

Saya pun tidak mengenali tiga orang pelajar dibawah penyeliaan projek tahun akhir. Hanya kenal memalui online sahaja dan tidak bersemuka langsung.

Saya harap semua ini akan berakhir dengan cepat ..seawal tahun 2022. Dua tahun ..kehiduapan kita hilang begitu sahaja.

Aktiviti semasa MCO 3.0