Android Car Player

Beberapa minggu yang lepas, saya dalam mode sedang mencari cari head unit yang sesuai untuk menggantikan headunit Alpine VIE-X088 saya yang telah berusia hampir 10 tahun. Head unit ni original daripada Jepun dan walaupun mempunyai fungsi yang hebat, tapi kebanyakan fungsi itu terkunci dan tidak boleh dipakai di Malaysia. Radio FM pun tidak kuat dan terpaksa install FM booster.

Head unit yang sedang popular sekarang adalah head unit yang berasaskan android. Mempunyai skrin saiz bermula dari 7 inci hingga 10 inci. Mempunyai fungsi yang sama seperti smarthone android cuma ada beberapa features yang ditala untuk disesuaikan dengan penggunaan kereta.

Setakat ini, dalam pencarian saya, jenama seperti Apline, Pioneer, Blaupunkt macam tak ada je android player di Malaysia..kalau ada pun harganya menjangkau RM7000 ke atas…GILO!

So, kebanyakan warga Malaysia, saya lihat tertumpu kepada android daripada china. Kebanyakan adnroid dari China ini tidak berjenama, kalau ada jenama pun sebenarnya bentuk dan isi dalamnya semuanya sama..mungkin berbeza hanya user interface sahaja.

Ada juga jenama android player yang bukan dari China tapi murah(Tapi tak murah sangat pun)..contohnya T’Eyes. Jenama ini dari Rusia dan jenama ini adalah antara andorid player yang mempunyai user interface paling cantik setakat ini. Harga cecah juga RM2000. Selain itu ada jenama Dynavin dari Jerman. Tapi dengar dengar jenama ini nak tutup.

OK..sya tak nak sangat cerita panjang pasal android player ini., tapi sekiranya anda sedang mencari seunit android player, ini cadangan spesifikasi dari saya:

  1. Saiz: sebesar mungkin yang boleh muat dashboard anda. (10 hingga 9 inci) sangat OK dan memberi kepuasan menonton movie semasa menunggu dalam kereta.
  2. Android OS: Pastikan android OS yang terkini (iaitu Android 10/11) sebab ada apps yang dah tak support android versi yang lama. So better beli OS 10 untuk selamat.
  3. Processor: Beli 6 atau 8 core. yang terkini adalah 8 core (Octa-core).
  4. Chipset: ada pelabagai jenis, ada TS10, T3L, 7862, dsb, Mengikut pembacaan saya, sekarang chipset yang bagus adalah 7862 dan TS10.
  5. RAM: Jumlah RAM mempengaruhi kelancaran sesuatu apps. RAM yang tak cukup boleh menyebabkan android player selalu ‘hang’. Dinasihatkan guna RAM berkapasiti lebih dari 4GRAM.Setakat ini RAM yang paling tinggi adalah 8GB.
  6. ROM: atau pun harddisk. bergantung kepada penggunaan. kalau rasa nak letak video movie dan lagu banyak banyak dalam player..better ambik yang tertinggi iaitu 128GB.

OK sebagai penutup. Selepas beberapa minggu buat kajian, akhirnya saya beli Android Player saiz 10 inci, 8-core 7862 6GRAM 128GROM. Datang dah siap dengan UI T’Eyes yang cantik tu..harga memang lagi murah dari T’Eyes yang original.

2 thoughts on “Android Car Player

  1. Zul

    assalammualaikum Prof. saya sedang pencarian android player untuk kereta saya. terbaca nukilan Prof berkaitan yg saya sedang cari. yg bahagian Penutup tue.. android player apa yg Prof beli.. boleh kongsikan

Comments are closed.