Reflection of sky Bandar Dato Onn

GoPro hero juga mempunyai kualiti gambar yang baik..tetapi jangan expect dynamic range setaraf DSLR. Ini kerana GoPro ini mempunyai saiz sensor imej yang sangat kecil..saya rasa 1/2 inch je saiznya atau pun munkin lagi kecil sedikit dari itu.

Untuk gambar under low light condition memang susah sikit nak dapat yang kurang noise. So kalau nak ambil gambar menggunakan GoPro pastikan ligthing adalah mencukupi.

Ok gambar imej ini dirakam secara RAW file (.GPR). Dalam GoPro ni, setting ultrawide angle je yang dibenarkan untuk enable RAW file capture. Selain dari tu mmng hanya boleh shoot as jpeg sahaja.

So bila shoot RAW ni memang banyak post processing perlu dilakukan. Tetapi saya memang suka bab bab post processing ni sebab berasa puas.

Lupa pula nak beritahu. imej ini dirakam setelah matahari naik sedikit..so tak lah terik sangat dan secara kebetulan banyak awan, so cahaya matahari tak direct dan cantik sikit disebnalik awan. Ini disekitar kawasan taman Masjid Sultan Ibrahim di Bandar Dato Onn. Tempat ini memang luas dan menjadi tumpuan para penduduk di kawasan itu berekreasi bersama keluarga.

C:\DCIM\100GOPRO\GOPR0234.GPR