Uji Minda

Pada satu zaman, ada seorang raja yang zalim. Sebarang kesalahan yang dilakukan rakyat atau kerabat akan dihukum pancung semuanya. Sehingga pada suatu hari menteri dan pekerja istana datang menghadap untuk melaporkan atau mengadukan masalah. Ketiga2 mereka adalah Menteri Pertanian, Menteri Perhutanan, Dan Tukang Masak Istana.

Ketiga2 mereka diberikan syarat oleh raja, Raja hanya boleh menjawab satu jawapan sahaja kerana baginda dalam mood yang tidak baik. Andai raja perlu jawab banyak2 jawapan, ketiga2 mereka akan dipancung. Lalu melapor lah ketiga2 mereka dalam ketakutan.

Menteri Pertanian : Patik datang untuk melaporkan, padi di negeri kita sudah masak, jadi apa yang harus dilakukan pada padi tersebut?

Menteri Perhutanan : Pokok2 di hutan telah banyak ditumbangkan atas arahan tuanku, seterusnya apa hendak dibuat dengan kayu2 tersebut?

Tukang Masak Istana : Hari ini tuanku nak makan apa?

APA JAWAPAN????

KETAM