HERO 9 atau HERO 10

Saya bermula dengan HERO 5 Black dan kemudian beralih kepada HERO 7 Black. Walaupun berkhidmat dengan cemerlang, saya rasa HERO 7 ni dah tak berdaya dah …saya nak upgrade kepada HERO 9, tapi banyak pulak saya dengar masalah dengan HERO 9 ni. Antara masalah paling ketara adalah kelembapan touch screen kamera tersebut dan juga phenomena ‘freezing’ semasa sedang merakam, dan kad memory jadi corrupt..

ITU MEMANG MASALAH BESAR!!!

Saya tunggu HERO 10, tapi harganya yang tak masuk akal menggagalkan impian saya untuk memilikinya. Saya menjangkakan harganya sama seperti HERO 9..tapi meleset jangkaan saya itu.

OK..pikir punya pikir, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli HERO 9 setelah saya diyakinkan dengan video youtube bahawa firmware upodate v1.6 telah berjaya mengurangkan masalah terbabit.

Setakat penggunaan saya selama 2 hari, saya tidak merasai pun masalah-masalah yang saya dengar sebelum ini…mungkin saya bernasib baik sehingga setakat semalam..Harap-harap ia berpanjangan!

My HERO 9 Black..Memang hitam dan nampak ganas!