Tahun lepas punya penangan covid 19. Start dari Mac 2020 sehingga akhir tahun..hanya beberapa bulan je dapat berjumpa pelajar dan rakan sekerja…prestasi kerja juga terganggu jugak…
LPPT 2020 melabuhkan tiranya hari ini..Alhamdulillah ok lah puas hati dengan markah yang diprolehi..Cuma kat UTM ni macam sikit sangat markah untuk sesuatu item yang kadang kala sukar untuk dapat. Contohnya untuk penghasilan jurnal Q1 dan Q2. Hanya 1 markah je….huhu (utk kualiti)..meaning that untuk dapat full kena at least ada 2 jurnal Q1 atau Q2.
Tahun ni saya beruntung kerana dapat terbitkan penulisan dalam jurnal Q2..Alhamdulillah lega rasanya.. tahun 2021 …blom tau lagi (hahah)…
Memang perit tapi itu realiti di UTM.
Kalau tengok taburan kerja yang rata rata saya buat kebanyakannya adalah jawatan jawatan yang menggerakkan program dan aktiviti fakulti, seperti penyemak kertas soalan, penilai projek, penyeliaan pelajar..tapi markah disitu amat sedikit dan ada capping pulak..kalau terlebih tidak dapat membantu mana mana komponen yang kurang.
memang tidak dapat dinafikan, untuk mendapatkan geran penyelidikan memang amat sukar sekarang ini…begitu juga dengan pelajar pasca siswazah..susah nak dapat yang berkualiti dan independent..