Tag Archives: comparison

Apple Watch Se vs Amazfit Verge Lite

Salam sejahtera. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman menggunakan Apple Wath SE dan Amazfit Verge Lite.

Perkongisan ini untuk mereka yang ingin membeli jam pintar ini untuk tujuan merkod aktiviti khasnya aktiviti larian.

Sedikit latar belakang penggunaan jam pintar oleh saya. Sebelum ini, saya menggunakan Mi band 3 dan mi band 4. Memang murah dan ada heart rate sensor, cuma tak ada GPS. Saya gunakan mi band ini untuk tujuan merakam heart rate sensor dan kalori yang terbakar semasa berlari. Saya akan pair kan mi band saya dengan iphone saya untuk tujuan GPS tracking.

Pada awal penggunaan memang amat berbaloi dan puas hati dari segi prestasi…tapi setelah setahun penggunaan dan Xiomi mengeluarkan band yang baru..mi band ada masalah . Masalah yang sya rujuk adalah masalah sambungan mi band dengan phone yang selalu terputus semasa melakukan aktiviti.

Dua kali menggunakan mi band, dan masalah yang masih berulang, saya mencuba Verge Lite pula. Verge Lite adalah versi murah Verge full fledge dan tak banyak menyokong aktiviti lain…hanya beberapa sahaja.

Beberapa hari lepas saya melakukan larian..di sebelah kiri tangan sya adalah Appl Watch SE dan di kanan saya pakai Verge lite.

Boleh saya katakan GPS accuracy antara kedua duanya adalah baik dan tepat . Begitu juga dengan heart rate senor..kedua duanya memberi bacaan yang sama..beza pun cuma 1-2 bpm…

Cuma bezanya adlah dari segi premium feel, memang apple watch lebih nampak cantik dan rasa premium di tangan. Verge pula agak tebal dan tak ssuai untuk wanita.