Tag Archives: correction

Power factor correction

Power factor correction atau dalam bahasa melayu pembetulan sudut kuasa adalah amat penting dalam menjamin kualiti sistem kuasa nasional. Beberapa perkara buruk yang disebabkan sudut kuasa yang rendah adalah a. Bil pengguna yang tinggi b. Kabel litar rumah akan cepat panas dan mengurangkan jangka hayat kabel c. Litar pintas boleh berlaku kerana kabel yang rosak akibat panas. Bagi pihak TNB pula, beberapa perkara adalah: a. Penjanaan tenaga yang lebih (yang tidak sepatutnya) b. Kehilangan kuasa semasa dalam sistem penghantaran kuasa yang besar c. Kerosakan kabel dan penyelenggaraan yang tinggi.

Apa penyebab power factor yang rendah?

Antara penyebab utama sudut kuasa yang rendah adalah penggunaan peralatan yang mempunyai induktif yang tinggi seperti mesin ac, litar yang tidak kemas, dan penggunaan pengubah kuasa berasaskan suis (perkakasan elektronik kuasa) seperti pengecas bateri, inverter dan sebagainya.

Power Triangle

Dalam sistem AC, terdapat tiga jenis kuasa iaitu Average Power (P; Watt), reactive (Q, Var) dan Apparent Power (S, VA). Ketiga tiga ini berkait dan memainkan peranan masing masing dalam pengiraan kuasa AC.

Kuasa sebenar yang dikira untuk penjumlahan bil elektrik adalah bersandarkan kepada averaga power dan diukur menggunakan Joules atau kWh. Manakala Q memainkan peranan dalam mengatur sudut power factor. Sudut power factor yang rendah mengakibatkan arus yang berlebihan mengalir dalam kabel dan menyebabkan banyak losses. Untuk mengurangkan arus yang berlebihan ini selalunya, power factor mestilah besar. Pembetulan sudut power factor amat mudah dilakukan iaitu dengan menyambungkan kapasitor secara parallel dengan load.

Kenapa kapasitor? kerana kebanyakan beban rumah atau di industri kebanyakan adalah berbentuk induktif.