Alhamdulillah..Pra tempah Saliva based Covid-19 test kit. Saja je je beli untuk simpanan dan kegunaan kecemasan. Harga RM35 je tapi kalau beli tiga set dapat diskaun.Total 3 set RM105
Tag Archives: covid-19
RIP MY Brother in Law
Setahun yang lalu, angka-angka kematian disebabkan oleh Covid ni amat kecil dan tidak berbekas dalam hati dan ingatan.Angkanya kecil dan tidak begitu penting bagi saya. Tapi beberapa bulan yang lalu, angka angka ini makin membesar tanpa disuruh dan dipaksa.
Semakin banyak saya nampak posting posting rakan di media sosial yang memaparkan kematian rakan, suadara mara dan ahli keluarga. Angka angka itu mula berbekas dan tanggal 13 Ogos 2021 jam 1.51 pagi, abang ipar saya Ahmad Redzuan Tahir menjadi korban terkini serangan Covid-19 yang sedang mengganas di Malaysia.
Saya sempat berbual dengan arwah pada malam sebelum arwah di bawa ke hospital kerana kadar Oksigen yang rendah. Beberapa hari kemudian, dapat perkhabaran yang arwah ditidurkan untuk menstabilkan kandungan Oksigen dalam darah dan untuk mebershikan paru paru.
Namun, Allah lebih menyanyangi beliau. Pada tanggal 13 Ogos 2021(Hari Jumaat), arwah dijemput Illahi. Tersentak dan saya agak speechless kerana menjangka kan arwah dapat pulih kerana selalu dapat perkahbaran positif semasa arwah ditidurkan.
Al Fatihah untuk arwah.