Hukum faraday menyatakan secara ringkasnya adalah, voltan induksi akan terhasil dan berkadar terus dengan kadar perubahan flux. Semakin tinggi kadar perubahan flux, maka makin tinggi voltan yang terjana. Ini juga boleh diguna pakai untuk penerangan back emf untuk dc motor.
Hukum Lenz pula menyatakan, arah (atau polarity) voltan yang terhasil itu adalah bertentangan dengan arah pergerakan yang menyebabkan perubahan flux tersebut.