Saya berada di Kuching, Sarawak dari 22 Oktober hingga 24 Oktober 2023 yang lepas. Ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sarawak. Alhamdulillah cita-cita sejak kecil tertunai.
Gambar ini dirakam di Riverside Sarawak. Merupakan satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan bersiar-siar. Di sekitar sungai Sarawak ini, terdapat kedai makan, kedaia cenderahati dan pelbagai lagi. Kedai Kek Lapis Mama Shu pun ada di sini.
Saya berada di atas jambatan Darul Hana semasa merakam gambar ini. Saya tidak pasti sama ada larangan drone di sini.