Kadang kadang saya tengok, semakin lama, banyak pula subjek teknikal yang dikurangkan, dijumudkan dan dikecilkan skop pengajarannya untuk memberi laluan kepada kredit kredit subjek berasaskan soft-skills
Adakah revolusiindustri 4.0 ini membuatkan seseorang bakal pekerja tidak pelu mengetahui secara dalam ilmu teknikal sesuatu bidang? cukup sekadar tahu asas sahaja?
Subjek soft-skill ini pula adalah kebanyakan kepada keusahawanan, perniagaan dan sebagainya. Kalau pensyarah dari jurusan eknomi, pengurusan,..saya rasa ok lah sebeb pelajar pelajar akan didedahkan dengan aliran perniagaan..bagaimana nak menjadi usahawan berjaya berdasarkan teori teori yang dialar oleh pengajar yang mahir dalam bidang itu.
Di sini, para pelejar diajar oleh pensyarah teknikal yang yang memang kepakaran mereka terhad kepada bidang teknikal. Bagilah apa apa masala teknikal, insyaAllah mereka boleh selesaikan..tapi kalau masalah-masalah berkaitan dunia perniagaan, keusahawanan……memang tirai sesuai……mereka tidak arif dalam bidang perniagaan (walaupun ada tapi bukan secara formal ilmi yang diperolehi).