Tag Archives: pulau babi besar
Cuti @ Pulau Besar, Mersing
Pulau Besar ni terletak tak berapa jauh dari jeti Mersing..Saya rasa dalam 30 minit dah sampai. Pulau ni sebenarnya nama asala adalah Pulau Babi Besar dan sebenarnya terdiri daripada 3 gugusan iaitu Pulau Babi Besar, Pulau Babi Tengah dan Pulau Babi Hujung. Tapi sebab nama tu agak keterlaluan, kerajaan negeri tukar nama kepada Pulau Besar, Pulau Tengah dan Pulau Hujung.
Kami ke sana selama tiga hari dua malam. Terdapat hanya 2 resort di situ dan kami inap di Bayu Laut Resort. Jika dibandingkan Pulau Tiomna, saya lebih suka pulau ini kerana tak ramai orang. So agak relaks sedikit. Kalau Tioman, pergi mana mana penuh dengan orang.
Cuma kalau nak inap di sini, ongkosnya agak mahal. ..tapi berbaloi dengan suasana dan pemandangan yang memang tak akan dapat di Tioman.